KUANTAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyalurkan bantuan KPDN salur 'food bank' untuk mangsa banjir Johor bagi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir di Johor dan Rompin.

Menurut Timbalan Menterinya, Senator Fuziah Salleh, bantuan itu digerakkan dengan memberi tumpuan ke kawasan-kawasan kritikal seperti kawasan-kawasan yang terputus hubungan.

"KPDN di Johor dan Pahang sedang menggerakkan bantuan KPDN salur 'food bank' untuk mangsa banjir Johor dengan kerjasama beberapa rakan strategik bagi memudahkan bantuan disalur kepada mangsa banjir.

"Mula-mula kita bagi pada pusat pemindahan sementara (PPS) dengan makanan sedia dimakan seperti biskut, mee segera, roti, air mineral. Namun apabila ada permintaan di kawasan-kawasan yang terkepung banjir, KPDN akan menggerakkan juga petugasnya untuk masuk ke kawasan-kawasan berkenaan," katanya selepas melancarkan Inisiatif Payung Rahmah peringkat negeri Pahang pada Sabtu.

Dalam pada itu, Fuziah menyarankan pengguna menggunakan kebijaksanaan dalam berbelanja kerana kenaikan harga akan terkesan akibat cuaca.

Namun ujarnya, kerajaan memberi jaminan harga barangan yang di bawah kawalan seperti ayam, telur, minyak masak paket dan gas LPG akan terus dikawal dan tidak terjejas ketika banjir.

"Harga barangan yang dikawal akan terus dikawal seperti ayam, telur gred A, B dan C, minyak masak peket dan LPG (gas memasak).

"Itu komitmen kerajaan untuk memastikan harga terus dikawal tetapi ada barang-barang lain yang kita tidak boleh kawal kerana dipengaruhi faktor luaran seperti cuaca dan sebagainya menyebabkan peningkatan kos seperti logistik," jelasnya.