KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi membanteras isu penukaran label kampit beras yang dilapor dilakukan bagi memanipulasi harganya di pasaran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata walaupun ia terletak di bawah bidang kuasa KPKM menerusi Kawalselia Padi dan Beras (KPB) namun pihaknya juga akan bertindak apabila aduan diterima.
"Tentang perkara ini, kita masih lagi menunggu aduan dan jika ada aduan itu kita akan lihat namun setakat hari ini kita belum dapat lagi bukti berkenaan perkara ini (tukar label beras tempatan kepada import) berlaku.
"Dalam mesyuarat Kabinet semalam, kedua-dua kementerian ini ada berbincang mengenai perkara ini dan kami akan memantau dan buat sesuatu, termasuk mengambil tindakan jika aduan itu didapati benar," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Inisiatif Payung Rahmah bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia di KL East Mall di sini, hari ini.
Sebelum ini, terdapat laporan media bahawa wujud segelintir pemborong beras didakwa cuba memanipulasi harga kawalan ditetapkan kerajaan dengan menukar kampit beras tempatan kepada kampit beras import bagi mengaut keuntungan besar.
Taktik itu dipercayai dilakukan kerana harga beras import tidak dikawal kerajaan, sebaliknya hanya diapungkan, manakala harga beras tempatan ditetapkan pada RM26 untuk beg 10 kilogram (kg).
Mengenai cadangannya sebelum ini agar pesakit kanser dibenarkan membeli susu formula khas di hospital dengan harga lebih murah daripada pasaran, beliau berkata berdasarkan mesyuarat Kabinet semalam Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik perkara berkenaan.
"Semalam, dalam mesyuarat Kabinet Menteri Kesihatan (Dr Zaliha Mustafa) ada mengatakan bahawa hospital bersedia untuk membuka sekiranya ada pelanggan yang ingin membeli susu jenis itu, jadi perincian tentang jenis dan keberadaan itu sekiranya ada pemintaan kita akan bincang dengan pihak KKM," katanya.
Difahamkan, harga susu itu yang dahulunya dijual pada harga RM78 meningkat secara berperingkat, kini sudah mencecah sehingga RM94, sekali gus membebankan pesakit, khususnya mereka yang kurang berkemampuan.
Berkenaan pelancaran inisiatif Payung Rahmah bersama Jaya Grocer dan Grab, kerjasama tersebut menyaksikan penawaran promosi eksklusif melalui tiga inisiatif di platform aplikasi Grab.
Inisiatif itu antara lain meliputi Pakej Rahmah iaitu tawaran pakej mix and match serendah RM18 di GrabFood, Jualan Rahmah membabitkan diskaun sehingga 40 peratus untuk barangan keperluan harian eksklusif di Jaya Grocer melalui GrabMart dan Bakul Rahmah bagi menyokong komuniti pemandu Orang Kurang Upaya (OKU) Grab dan rakan kongsi penghantaran dengan kotak keperluan asas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023

Salahuddin berkata, walaupun ia terletak di bawah bidang kuasa KPKM menerusi Kawalselia Padi dan Beras (KPB) namun pihaknya juga akan bertindak apabila aduan diterima. - Gambar fail

Abby Abadi ditipu scammer, rugi RM18,500
Abby Abadi berputih mata apabila wang RM18,500 lesap begitu sahaja selepas ditipu skim pelaburan atas talian.

Tiada keperluan dedahkan identiti 'Mr H' - KPN
Identiti individu yang digelar sebagai 'Mr H' tidak akan didedahkan.
Polis tak buat SJR di selekoh, selepas bukit
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata polis mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota ketika menjalankan SJR.
Tiada caruman PERKESO, KSM akan ambil tindakan kepada majikan
: Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, pihaknya menerusi PERKESO akan mengambil tindakan perundangan terhadap majikan yang bertanggungjawab menggaji pekerja asing tersebut.
[TERKINI] Malaysia amat bimbang hasrat Israel tubuh secara sepihak 'zon selamat'
Malaysia menolak pemindahan rakyat Palestin secara paksa yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

MAHB dijangka raih hasil lebih kukuh susulan pembukaan semula ruangan runcit KLIA
Perjanjian kemasukan tanpa visa antara China dan Malaysia mulai 1 Disember 2023 juga satu rangsangan positif.
Dasar Gaji Progresif bukan acuan mana-mana negara - Rafizi
"Kalau pun ada acuan yang sama ialah perkara ini tidak boleh diserahkan kepada pasaran untuk diperbetulkan. Ia memerlukan campur tangan kerajaan melalui dasar dan insentif," jelas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Prabowo Subianto berlepas ke Malaysia untuk bertemu Anwar
Prabowo dijadualkan pulang ke Jakarta lewat Khamis tanpa memberikan butiran lanjut mengenai tujuan lawatan itu.

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu mulai esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu mulai esok hingga Ahad ini.

Penduduk kampung di Gua Musang dakwa dengar ngauman harimau
Penduduk di Kampung Batu Papan yang terletak kira-kira dua kilometer (km) dari pusat bandar mendakwa mendengar ngauman harimau pada Selasa.

KPDN sedia kerjasama dengan KPKM banteras isu tukar label kampit beras - Salahuddin
Salahuddin berkata, walaupun ia terletak di bawah bidang kuasa KPKM menerusi Kawalselia Padi dan Beras (KPB) namun pihaknya juga akan bertindak apabila aduan diterima.