JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor telah menyerahkan dua kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya berhubung sebuah restoran makanan laut di bandar raya ini yang didakwa mengenakan caj bayaran mahal kepada pelanggan.
Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo berkata tindakan lanjut terhadap kes tersebut diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya berdasarkan hasil siasatan yang dilakukan pihaknya.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati terdapat unsur pencatutan dan tidak meletakkan tanda harga dilakukan di restoran makanan laut itu mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"Siasatan kes telah selesai dilakukan dan kita dapati ada dua unsur kesalahan, iaitu kesalahan tiada tanda harga dan pencatutan atau menjual dengan harga yang tidak munasabah.
"Jadi, di peringkat Timbalan Pendakwa Raya (seterusnya) akan menentukan sama ada kes ini (pemilik) akan di kompuan atau dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Peringkat Negeri Johor di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan kes itu.
Bulan lepas, tular video berdurasi 26 saat dan gambar resit bayaran makanan di restoran makanan laut berjumlah RM1,260 dimuat naik di Instagram oleh isteri kepada penyanyi Mawi, Nora' Asikin Rahmat atau Ekin, yang meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan mendakwa harga dikenakan terlampau mahal.
Bagaimanapun, menerusi satu video berdurasi dua minit yang turut tular, peniaga makanan laut itu telah memberi penjelasan berhubung harga dikenakan dengan memaklumkan harga itu adalah untuk hidangan dipesan 20 orang.
Sementara itu, mengenai harga ayam di Johor selepas pengapungan pada 1 Nov lepas, Lilis Saslinda berkata harga ayam di negeri itu adalah stabil serta tidak membebankan iaitu antara RM6 dan RM9 sekilogram.
"Setakat ini, kita mendapati tiada kenaikan harga ayam yang terlalu mendadak atau melampau, malah peniaga juga beretika dan bersaing secara sihat," katanya sambil menegaskan bekalan sumber protein itu juga mencukupi.
Beliau berkata orang ramai dinasihatkan agar membuat aduan sekiranya terdapat peniaga menjual pada harga tidak munasabah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
KPDN Johor telah menyerahkan dua kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya berhubung sebuah restoran makanan laut di bandar raya ini yang didakwa mengenakan caj bayaran mahal kepada pelanggan. - Gambar fail/Sinar Harian
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
KPDN serah kertas siasatan kes restoran makanan laut kepada pendakwa raya
KPDN Johor telah menyerahkan dua kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya berhubung sebuah restoran makanan laut di bandar raya ini yang didakwa mengenakan caj bayaran mahal kepada pelanggan.
Barang keperluan masih ada, mudah diperolehi di Pasir Gudang - KPDN
Pemeriksaan dijalankan KPDN Johor di beberapa premis di Pasir Gudang mendapati tidak timbul isu kekurangan bekalan barang keperluan.
KPDN Johor akan ambil tindakan terhadap premis jual minyak masak peket kepada warga asing
KPDN Johor telah mengenal pasti dan akan mengenakan tindakan terhadap premis yang didakwa menjual minyak masak peket bersubsidi kepada warga asing, seperti yang tular baru-baru ini.