KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berbincang dengan pihak pembekal telur ayam di negara ini bagi menyelesaikan masalah bekalan bahan makanan itu yang disifatkan tidak stabil di pasaran.
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata antara yang akan dibincangkann ialah alasan diberikan pihak pengeluar yang mendakwa tempoh kawalan harga siling telur ayam terlalu lama menyebabkan terdapat pengusaha telur ayam menutup perniagaan mereka.
"Alasan yang diberikan oleh pemain industri, saya tidak tahu ia betul atau tidak, adalah kerana kawalan harga siling yang terlalu lama iaitu sepanjang tahun berbanding sebelum ini antara seminggu dan dua minggu khususnya pada musim perayaan.
"Mereka mendakwa ini menjejaskan rantaian bekalan telur ayam. Bagaimanapun, kerajaan juga mengambil langkah intervensi dengan menyalurkan subsidi telur ayam yang kini dinaikkan kepada lapan sen sebiji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kempen Beli Barangan Malaysia di sini hari ini.
Rosol berkata kementeriannya turut meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memastikan kelancaran tuntutan subsidi itu bagi memastikan ia tidak dijadikan alasan oleh pemain industri dan menjamin bekalan telur sentiasa stabil di pasaran.
"Sebelum ini pun kita ada bincang dengan MAFI untuk penyelesaian sementara, sama ada kita boleh import telur tetapi saya difahamkan harga telur di luar negara pun agak mahal dan mata wang kita juga agak lemah ketika ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengakui turut menerima rungutan daripada orang ramai mengenai kekurangan bekalan telur ayam sejak kebelakangan ini terutama bagi Gred A, B dan C di kebanyakan kawasan di seluruh negara sehingga menjejaskan golongan peniaga.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid bercakap kepada media pada Program Kempen Beli Barangan Malaysia di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini. - Foto BERNAMA

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

APM mohon kerajaan pertimbang 1,501 jawatan kontrak
Penambahan perlu dibuat kerana rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang luas dan berjiwa besar untuk menjadi anggota APM.

SSM cadang semak semula kriteria pengecualian audit bagi syarikat persendirian di Malaysia
SSM berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif.

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.

Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.

KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.

Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.

Kompaun lebih RM500,000 kepada pengeluar, pemborong dan peruncit ayam, telur ayam - KPDNHEP
Kompaun dikeluarkan menerusi 2,205 tindakan penguatkuasaan bagi membanteras pencatutan harga barangan kawalan bersubsidi.

Telur ada tidak disorok, henti buat pembelian panik - KPDNHEP
Pembelian panik terhadap telur papan menyebabkan masalah kekurangan bekalan mentah itu semakin serius di ibu negara.

Tumpu soal kos sara hidup satu pendekatan yang tepat - MPPN
Langkah kerajaan menumpukan perhatian terhadap isu kos sara hidup dilihat satu pendekatan yang amat wajar.

Harga minyak masak 5kg turun kepada RM30.90 bermula Selasa
Harga minyak masak kemasan botol lima kilogram (kg) turun 60 sen kepada RM30.90 berbanding RM31.50 berkuat kuasa dari 8 Nov hingga 7 Dis ini.