GEORGE TOWN:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.
Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang Mohd Ridzuan Ab Ghapar hari ini berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis kepada penjual dan pengeluar mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pecatutan 2011, bagi mengumpulkan data mengenai harga minyak masak untuk tempoh dua tahun lepas.
Beliau berkata, salah satu daripada faktor kenaikan harga minyak masak berkemungkinan disebabkan kenaikkan harga minyak kelapa sawit dunia.
"Dengan harga minyak masak botol 5kg tidak dikawal oleh kerajaan, kita akan mengkaji jika kenaikan harga adalah munasabah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan mengejut harga barangan di sebuah pasar raya di Jelutong pada Selasa.
Beliau berkata, minyak masak botol 5kg berharga kira-kira RM30 dan baru-baru ini kenaikkan tertinggi harga kira-kira RM2, walaupun pada kebiasaannya kenaikkan harga hanya kira-kira 50 sen.
Mohd Ridzuan mengulas mengenai aduan yang diterima minggu lepas mengenai kenaikan harga minyak masak botol.
Beliau turut meminta penjual untuk mengawal sendiri bekalan minyak masak dalam paket 1kg.
Beliau berkata, pembelian minyak masak paket 1kg yang dikawal harganya, perlu dihadkan antara dua ke lima peket untuk seorang pelanggan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 19 2021

Datuk Abdul Halim Hussain (dua, kanan) dan Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar (dua, kiri) memantau stok minyak masak di sebuah pasar raya di sini pada Selasa. - Foto BERNAMA

Keyakinan masyarakat Cina terhadap PH semakin berkurang - Dr Robert
Tahap keyakinan masyarakat Cina yang merosot sejak kemenangan mengejut Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu merupakan antara petanda kegagalan pakatan itu sendiri.

Liverpool kalah kepada Chelsea, Salah merajuk atau tidak cergas?
Salah memberi reaksi tidak senang ketika menuju ke bangku simpanan di Anfield, sejurus itu ejennya mengundang spekulasi.

Vaksin COVID-19: DAP gesa dedahkan maklumat 'potong barisan'
Pemimpin DAP menegaskan keutamaan harus diberikan kepada petugas barisan hadapan yang termasuk dalam fasa pertama secepat mungkin tanpa penangguhan lagi.

PM tiba di Perlis, lakukan lawatan kerja sehari
Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perlis untuk lawatan kerja bagi meninjau lokasi PPV COVID-19 selain bertemu dengan kepimpinan PN.

Wujud peluang untuk mengubah ekonomi ketika krisis - PM
Untuk menamatkan ketidaksamarataan jangka panjang, perhatian perlu diberikan kepada isu asasnya iaitu peluang yang tidak sama rata

PN lebih retak jika Kabinet UMNO digugurkan - Dr Mazlan
Sebarang pengguguran Kabinet dari UMNO jika ada, akan menyebabkan keretakan lebih besar kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini
Pada pukul 9.03 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 4.0680/0730 berbanding dolar AS daripada 4.0550/0600 semasa ditutup pada petang urus niaga Khamis.

UMNO tak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15. Apa maksud disebalik keputusan ini?
Susulan pengesahan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15. Ia sekaligus membawa satu perubahan baru dalam jajaran kerajaan itu sendiri pada pru akan datang. Kami mendapatkan pakar untuk menjelaskan situasi politik semasa ini. Kita terus ke talian Skype bersama penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali.

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini
Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 0.04 mata kepada 1,581.3 daripada 1,581.26 semasa ditutup pada petang Khamis.

Gangguan bekalan air: Lebih 40,000 akaun pengguna di Terengganu terjejas
Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 5 pagi esok dan penghantaran air melalui lori tangki akan dibuat ke kawasan kritikal.

Ops Duri 2.0: KPDNHEP terus pantau peniaga durian
KPDNHEP terus memantau peniaga durian di seluruh negara menerusi Ops Duri 2.0 berkuat kuasa 22 Feb sehingga 22 Mac depan.

SOP sektor peruncitan kawasan PKP, PKPB, PKPP ditambah baik - Nanta
SOP itu telah diselaras dengan SOP am yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara bagi memastikan ia dipatuhi sepenuhnya oleh semua syarikat peruncitan, pemborongan dan pengedaran.

Premis jual produk kambing perap guna logo halal tanpa kelulusan diserbu
Serbuan itu itu dilakukan KPDNHEP bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK) hasil maklumat orang awam.

SPPP diperluas kepada semua usahawan B40 - Nanta
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kini diperluaskan kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.

Wanita berdepan enam pertuduhan miliki kotak media iBoite-X secara haram
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM300,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

56 peniaga dikena tindakan gagal patuhi skim harga maksimum Tahun Baharu Cina
Datuk Rosol Wahid berkata, semua mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan gagal mematuhi peraturan pelaksanaan SHMMP di sekitar Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Taktik upah lori pasir seludup keluar minyak masak terbongkar
Penyeludup mengubah taktik menyeludup keluar barangan larangan masuk ke sempadan seterusnya ke negara jiran, dengan mengupah pemandu lori pasir.

Jual kotak TV Android penstriman cetak rompak, pengarah syarikat IT didakwa
Pengarah syarikat tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan itu ketika dihadapkan di Mahkamah Seksyen Jenayah, Shah Alam.

KPDNHEP beri amaran jangan salah guna kebenaran makan di restoran
semua premis perniagaan wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan.

PKP 2.0: Baki sektor peruncitan dibenar kembali beroperasi - Ismail Sabri
Ismail Sabri menjelaskan kerajaan memutuskan kebenaran itu dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi memastikan kelangsungan ekonomi peniaga kecil.