Skip to main content

Malaysia

KPDNHEP buat 732 pemantauan, ini 5 perkara penting kenyataan media Ismail Sabri

71618729236_hargaayam.jpg
KUALA LUMPUR: Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dah Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat 732 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan termasuk peruncit (553), pemborong (148) dan pengilang (31) pada Jumaat.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pegawai penguatkuasa KPDNHEP juga telah melakukan 1,262 Pemeriksaan Khas Pematuhan SOP PKP dan daripada jumlah itu, 1,261 premis mematuhi SOP ditetapkan, manakala satu lagi dikompaun.

Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Sabtu;

1) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 16 lokaliti di Sabah, Sarawak dan Pahang  bermula 24 Mei sehingga 6 Jun 2021.

2) Kerajaan mengumumkan penamatan PKPD di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang pada 25 Mei serta Rumah Panjang Jali dan Rumah Panjang Lanyau, Bukit Dinding-Begerik, Mukah, Sarawak pada 23 Mei 2021.

3) Seramai 495 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 476 dikompaun, 15 direman dengan empat daripadanya dijamin.

4) Operasi Benteng telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 20 PATI dan merampas dua kenderaan darat.

5) Seramai 940 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib pada Jumaat.

Advertisement

Must Watch Video