GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setakat ini hanya menerima satu aduan iaitu dari Negeri Sembilan berhubung penjualan ayam standard melebihi harga siling ditetapkan pada RM9.40 sekilogram yang berkuat kuasa hari ini.
Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof berkata pihaknya yakin akan terdapat lagi aduan berhubung peniaga menjual ayam standard melebihi harga siling dan pada masa sama masih menyemak data-data yang diterima hari ini.
"Aduan yang diterima akan disiasat oleh penguat kuasa KPDNHEP di kawasan terlibat terlebih dahulu bagi memastikan ia betul dan seterusnya kami ambil tindakan ke atas peniaga yang didapati menjual harga lebih daripada harga siling ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Pemeriksaan Fasa II Ops Ayam Telur Minyak (ATM) dan Pemeriksaan Jihad Tangani Inflasi Bantu Atasi Peningkatan Kos Sara Hidup di Lotus Tanjung Pinang, di sini hari ini.
Katanya KPDNHEP tidak berkompromi dengan mana-mana peniaga yang ingkar dengan ketetapan harga siling tersebut kerana mahu melindungi semua pengguna daripada terbeban dengan harga yang mahal berbanding yang sepatutnya dibeli.
"KPDNHEP juga menggerakkan semua pegawai penguat kuasa seramai 2,200 di seluruh negara bagi memastikan bekalan mencukupi dan penternak, pemborong serta peruncit mematuhi harga siling yang ditetapkan di semua peringkat rantaian," katanya.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Jun lepas mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia mulai hari ini (1 Julai).
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dilaporkan berkata Jemaah Menteri turut bersetuju untuk menetapkan harga siling runcit telur ayam pada kadar 0.45 sen sebiji bagi gred A, Gred B (0.43 sen/biji) dan gred C (0.41 sen/biji).
Dalam pada itu, Azman berkata KPDNHEP meminta para pengguna menggunakan kuasa yang ada untuk terus membuat aduan sekiranya mereka menjadi mangsa salah laku peniaga terutama melibatkan caj upah memotong ayam.
Katanya pengguna juga dinasihat menggunakan kuasa mereka termasuk membuat perbandingan harga serta membuat pilihan premis yang meletakkan tanda harga jelas dengan menawarkan harga dan perkhidmatan berpatutan.
''Sekiranya peniaga kenakan caj servis yang lebih tinggi hingga menjangkau RM3 atau RM4, pengguna jangan lagi beli ayam pada peniaga tersebut dan beralih membeli di pasar raya kerana lebih murah malah tiada caj upah memotong serta sebagainya.
''Ayam standard ini peniaga perlu jual setiap hari, jadi jika tiada lagi pelanggan yang datang membeli ayam dari peniaga yang kenakan caj servis atau pemotongan mahal, sudah tentu peniaga ini yang terima kesannya kerana pelanggan tidak membelinya. Mereka (peniaga) yang rugi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022
KPDNHEP setakat ini hanya menerima satu aduan iaitu dari Negeri Sembilan berhubung penjualan ayam standard melebihi harga siling ditetapkan pada RM9.40 sekilogram yang berkuat kuasa hari ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.