awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Peluasan cukai untuk program pro-rakyat, tingkat taraf hidup - Tunku Nashrul
DUNIA
Jururawat Argentina dipenjara seumur hidup bunuh lima bayi
MALAYSIA
Lantikan IGP belum dimuktamad - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

KPDNKK rampas 600 beg berjenama tiruan

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2017
15:52 MYT
KPDNKK rampas 600 beg berjenama tiruan
Beg tiruan itu dijual secara atas talian dan dipercayai dibawa masuk dari China. - Astro AWANI
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Seberang Perai Tengah (SPT) merampas pelbagai jenis beg tangan wanita jenama tiruan dalam serbuan ke atas tiga premis, pada Khamis.
Rampasan membabitkan 600 beg tiruan gred A bernilai RM60,000.
Menurut Ketua Cawangan KPDNKK SPT, Abdul Madi Wahab, beg tiruan itu dijual secara atas talian dan dipercayai dibawa masuk dari China.
"Kami menemui 1,400 logo yang digunakan untuk beg sama, tetapi menggunakan pelbagai logo. Contohnya, kalau pengguna itu ingin jenama tertentu, dia akan letak di beg tersebut.
"Ini sebenarnya satu modus operandi yang baru di mana beg yang sama tetapi digunakan pelbagai jenama. Jadi kami menasihatkan penguna khususnya yang membeli di atas talian agar berhati-hati," katanya.
Ketika serbuan, hanya pembantu jualan berada di premis dan pemiliknya difahamkan berada di luar negara atas urusan perniagaan.
Keterangan pekerja diambil dan siasatan lanjut dijalankan bawah seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap unit barang atau tiga tahun penjara jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#atas talian
#beg
#beg tiruan
#beg tiruan gred A
#KPDNKK
#logo
#Seberang Perai Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami