awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKM bincang dengan India sambung eksport beras ke Malaysia

Bernama
Bernama
25/09/2023
03:40 MYT
KPKM bincang dengan India sambung eksport beras ke Malaysia
Mohamad Sabu berkata Malaysia akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan India untuk meneruskan pengeksportan beras putih mereka ke negara ini. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Kebajikan Petani India secepat mungkin bagi mencari penyelesaian terbaik mengenai isu sekatan eksport beras putih.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata antara inti pati dalam pertemuan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G) itu adalah bagi mengemukakan permohonan kepada kerajaan India untuk meneruskan pengeksportan beras putih mereka ke negara ini.
"Di peringkat kementerian sekarang, kita sedang 'berhubung' kalau dapat tarikh, barulah kita dapat pergi ke sana sebab kita nak berbincang secara G2G. Kalau boleh dalam minggu ni dia beri tarikh pun, kita boleh pergi.
"Kita akan minta mereka meneruskan eksport beras putih ke Malaysia. Itu harapan kita sebab kalau mereka menyekat beras putih secara mengejut, ia akan membawa kesan kenaikan harga beras di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Petugas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di sebuah hotel di sini, malam tadi.
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut perincian perbincangan beliau yang akan bertemu Menteri Pertanian India susulan isu sekatan eksport beras putih oleh negara itu.
Dalam pada itu, beliau berkata sekatan tersebut telah menyebabkan harga beras eksport di negara ini meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan kebanyakan pengguna beralih kepada beras tempatan hingga berlaku sedikit kekurangan di beberapa tempat.
"Tetapi kita atasi sekarang dengan tuaian yang berlaku di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang akan dikeluarkan dalam masa tidak sampai sebulan ini, beras akan berada di pasaran dan sekarang pun kita ada cuba untuk tampung mana-mana yang berlaku kekurangan," katanya.
Pada Julai lepas, India dilaporkan melarang eksport beras putih bukan basmati untuk mengekang kenaikan harga beras dalam pasaran domestik susulan kekurangan bekalan disebabkan hujan lebat yang telah menjejaskan tanaman itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu bekalan beras
#India
#Mohamad Sabu
#import beras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan