KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) giat menjalankan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dalam usaha mengenal pasti golongan sasar yang akan terlibat dalam pelaksanaan penyaluran subsidi secara bersasar.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia khususnya melibatkan pemain industri daripada sektor tanaman, ternakan, perikanan dan penyediaan perkhidmatan pertanian di bawah kementerian itu.
Beliau berkata, penelitian secara terperinci perlu dilaksana bagi memastikan subsidi disalurkan kepada golongan sasar yang selayaknya sekali gus memastikan peruntukan kerajaan dapat dibelanjakan secara efisien.
"KPKM sentiasa menyokong hasrat kerajaan dalam usaha untuk melaksanakan penyaluran subsidi secara bersasar," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.
Mohamad dalam hantaran sama berkata, beliau juga menghadiri Mesyuarat Skim Kawalan Subsidi (SKD) 2.0 secara dalam talian bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Wisma Tani, Putrajaya pada Selasa.
Pada 2 Jan lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi menjamin penyelarasan subsidi serta bantuan lebih adil selain mengelakkan ketirisan dalam pemberian bantuan dan subsidi yang selama ini dinikmati golongan tidak selayaknya.
Pengenalan sistem itu adalah selaras dengan pendekatan transformasi digital negara dengan jaminan setiap kemudahan kerajaan akan dinikmati penerima yang berhak. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Mohamad berkata, kementeriannya giat menjalankan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dalam usaha mengenal pasti golongan sasar yang akan terlibat dalam pelaksanaan penyaluran subsidi secara bersasar.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
'Langkah kerajaan laksana subsidi bersasar, skim baharu gaji penjawat awam berdasarkan prinsip'
Beliau berkata langkah itu juga bagi memastikan kedudukan fiskal yang lebih baik dan mengurangkan bebanan kewangan negara.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Pembaharuan fiskal kerajaan bantu perkukuhkan lagi keyakinan pelabur - MoF
Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan telah membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan.
KPKM giat kenal pasti golongan terlibat subsidi bersasar
Penelitian secara terperinci perlu dilaksana bagi memastikan subsidi disalurkan kepada golongan sasar yang selayaknya.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
[KOLUMNIS] Menanti kepintaran data PADU dalam perasionalan subsidi
PADU bukanlah suatu sistem yang sempurna, tetapi ia adalah permulaan yang hebat.
Pelaksanaan subsidi bersasar tidak beri kesan kepada pelaburan asing - Tengku Zafrul
Pelaksanaan subsidi bersasar pada masa akan datang seperti yang dipertimbangkan kerajaan tidak akan memberi kesan kepada pelaburan asing dalam negara.
Pastikan persaingan saksama sebelum apung harga petrol - Pengarah MINDA-UKM
Kerajaan perlu memastikan persekitaran persaingan adalah saksama terlebih dahulu sebelum mengapungkan harga petrol.
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.