KUALA LUMPUR: Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan telah membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan (MoF).
MoF menerusi hantaran di laman rasmi media sosial 'X' hari ini berkata antara pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan termasuklah pengurangan defisit, subsidi bersasar serta Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang mengetuai delegasi Malaysia ke New York, Amerika Syarikat (AS) dari 14 hingga 16 April telah bertemu pelbagai pelabur antarabangsa, pengurus dana dan bank pelaburan untuk berkongsi pandangan tentang kedudukan ekonomi semasa Malaysia dan rancangan kerajaan.
Delegasi tersebut turut disertai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.
"Semasa sesi dialog dengan pelabur pasaran kewangan dan modal, beliau (Amir Hamzah) telah berkongsi perkara penting Kerangka Ekonomi MADANI dan bagaimana kerangka ini akan mendorong Malaysia menjadi destinasi pelaburan yang berdaya saing di peringkat global," kata MoF.
Mesyuarat bersama pelabur tersebut diadakan bersempena dengan kehadiran Amir Hamzah di Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia 2024 di Washington DC, AS dari 17 April sehingga 19 April.
Semasa sesi libat urus bersama para pelabur di New York beliau telah bertemu dengan kira-kira 50 pelabur global dalam pelbagai bidang industri dan perniagaan.
Sesi tersebut penting bagi memberi penjelasan mengenai perkembangan dasar utama kerajaan termasuk pembaharuan fiskal untuk memastikan kemampanan fiskal dan hutang negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke New York, Amerika Syarikat (AS) dari 14 hingga 16 April. - Foto Akaun X Kementerian Kewangan
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Pembaharuan fiskal kerajaan bantu perkukuhkan lagi keyakinan pelabur - MoF
Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan telah membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan.
Terengganu, Kelantan terima wang ihsan lebih RM230 juta minggu lalu
Kerajaan Persekutuan menyalurkan Wang Ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan, minggu lalu bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri.
Pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi ditangguh, MOF belum bentang RUU
HVGT pertama kali diumumkan dalam Bajet 2023 yang disemak semula yang dibentangkan pada Februari tahun lepas.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
Kajian semula struktur percukaian, sara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai langkah-langkah mengkaji semula struktur percukaian semasa akan dibangkitkan Muhammad Ismi Mat Taib pada sesi soal jawab.
Parlimen: Dua RUU di bawah Kementerian Kewangan dibentang untuk bacaan kali pertama
Amir Hamzah Azizan ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini.
MOF: Pengecualian CGT ke atas unit amanah kurangkan unjuran hasil pendapatan negara
Pengecualian Unit Amanah daripada pengenaan Cukai Keuntungan Modal (CGT) sudah pasti akan memberi kesan pengurangan kepada unjuran hasil yang bakal diperoleh daripada pelaksanaan CGT.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.