ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) optimis usaha penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun dapat dilaksanakan pesawah di negara ini, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pengeluaran beras negara.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kementeriannya sememangnya kini menumpukan terhadap langkah penanaman padi lima musim dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berperanan memberi tunjuk ajar kepada pesawah.
Beliau yakin pesawah berkeupayaan melaksanakan cabaran itu dengan bimbingan dan sokongan pihak MADA.
"MADA akan beri motivasi dan (buah) fikiran sebab sekarang ini bila kita dah buat tanaman padi ala Sekinchan sebanyak 187 hektar (di Simpang Empat, Perlis dan Ayer Hitam, Kedah), bila mereka (pesawah) tengok hasilnya nanti hebat, mereka yang lain akan mula datang untuk (tanam padi) berskala besar.
"...dan kita harap sekurang-kurangnya menjelang 2030 nanti, kita boleh capai dah (sasaran) sekitar 80 peratus (tahap sara diri (SSL) bagi pengeluaran beras). Itu yang kita harapkan dan saya memang tumpu betul hal ini," katanya.
Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas Program Sentuhan Agro MADANI dan majlis penyampaian bantuan wang ihsan serta bantuan khas kepada pesawah MADA di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA C-III, Tajar dekat sini pada Rabu.
Beliau berkata 1,200 hektar sawah dikenal pasti untuk pelaksanaan projek rintis penanaman padi lima musim dan buat permulaan ia melibatkan 213 hektar.
Pada 15 Julai lepas, media melaporkan Kerajaan Perpaduan akan memastikan nasib pesawah padi terbela dengan meningkatkan pendapatan mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sebagai berkata beberapa projek rintis bagi penanaman padi lima musim dalam dua tahun telah dijalankan antaranya oleh MADA dan Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023
Mohamad yakin pesawah berkeupayaan melaksanakan cabaran itu dengan bimbingan dan sokongan pihak MADA. - Foto fail/BERNAMA
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Saya tidak berdendam dengan Najib, saya PM kena adil - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Beliau menyifatkan pihak yang mengecamnya sebagai individu kurang berilmu kerana cuba untuk mengulas isu berkenaan walaupun tidak mendapat maklumat tepat.
Beliau menyifatkan pihak yang mengecamnya sebagai individu kurang berilmu kerana cuba untuk mengulas isu berkenaan walaupun tidak mendapat maklumat tepat.
Najib pertahan sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis bahawa adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa wang yang diterima dalam akaun bank peribadi AmIslamik merupakan sumbangan daripada pemerintah Arab Saudi iaitu Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud.
Dua lelaki ditahan, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di Kluang, Johor pada Selasa lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Cuaca panas jejas pengeluaran padi di Kelantan
Cuaca panas dan kering yang melanda Kelantan dijangka akan menjejaskan 30 peratus pengeluaran padi di bawah kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) pada tahun ini.
Negeri Sembilan perluas kawasan tanaman padi di Londah
Kerajaan Negeri Sembilan akan menambah kawasan penanaman padi di Londah, Gemas membabitkan 20 hektar tanah bagi meningkatkan pengeluaran beras.
KPKM optimis pesawah mampu laksana penanaman padi lima musim
KPKM optimis usaha penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun dapat dilaksanakan pesawah di negara ini, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pengeluaran beras negara.