awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKM salur RM13.23 juta kepada pesawah terjejas banjir tahun ini

Bernama
Bernama
16/12/2024
15:15 MYT
KPKM salur RM13.23 juta kepada pesawah terjejas banjir tahun ini
Arthur berkata pada masa sama pihaknya akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk esok bagi menilai kerosakan daripada pemohon yang terlibat dengan bencana banjir dari Jun hingga Oktober tahun ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menyalurkan bantuan sebanyak RM13.23 juta kepada 6,747 pesawah yang terjejas banjir pada tahun ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata bantuan itu adalah untuk kerosakan dan kemusnahan kawasan tanaman berkeluasan 12,800 hektar berdasarkan data yang dikumpulkan setakat Oktober lepas.
“Kelantan, Kedah dan Perlis ialah beberapa negeri yang mengalami kesan dan kerugian paling besar akibat bencana yang telah melanda negara.
“Tabung Bencana Tanaman Padi 2023 sebelum ini sudah menyediakan RM8.38 juta untuk bantu 4,946 pesawah di ketiga-tiga negeri berkenaan melibatkan kawasan musnah seluas 7,400 hektar,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Abdul Nasir Idris mengenai nilai bantuan diberi kepada pesawah dan bilangan pesawah yang menerima manfaat daripada tabung berkenaan.
Arthur berkata pada masa sama pihaknya akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk esok bagi menilai kerosakan daripada pemohon yang terlibat dengan bencana banjir dari Jun hingga Oktober tahun ini.
“Ia juga melibatkan tiga negeri dan kita setakat ini menganggarkan kerosakan sebanyak RM12.88 juta dan melibatkan 5,817 pesawah, tetapi yang kita maklum gelombang banjir ini datang lagi setiap beberapa fasa.
“Mesyuarat yang akan berlangsung esok ini hanya untuk menilai kerosakan dari Jun hingga Oktober dan kita dilanda sekali lagi pada November dan Disember, kita sedang mengumpul data dan buat penilaian kepada gelombang terbaharu ini, (mungkin) mengambil masa sebab kadang-kadang kita kena tunggu air surut sebelum kita boleh buat penilaian dan hal itu pun mengambil masa,” katanya.
Beliau berkata pihaknya dijangka mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk untuk gelombang terkini pada awal tahun hadapan bagi penilaian dan penyaluran bantuan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#awal tahun
#KPKM
#air surut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan