KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengeluarkan surat pengesahan status projek Residensi Hektar Gombak dengan menyarankan beberapa perkara untuk meringankan beban pembeli yang terkesan akibat projek perumahan di bawah kategori sakit itu.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata surat pengesahan itu menyarankan pihak bank pembiaya untuk memberikan pengurangan ataupun pengecualian kadar faedah dan penstrukturan semula pinjaman perumahan kepada pembeli.
"Selain itu, menangguhkan pinjaman perumahan ataupun penyelesaian penuh dengan pengecualian kadar faedah, permohonan dibantu melalui pengeluaran simpanan kali kedua daripada KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).
"Membatalkan pinjaman sedia ada dan juga diberi peluang kepada pinjaman-pinjaman baharu sepertimana pinjaman kali pertama ataupun pengecualian kadar faedah empat peratus, ini kalau terkait dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) mengenai usaha dan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban pembeli Residensi Hektar Gombak yang terpaksa membayar penuh ansuran pinjaman, malah dalam masa sama perlu membayar sewa rumah yang didiami.
Aiman Athirah berkata KPKT sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan pihak bank bertujuan memanjangkan perkara berkenaan bagi memastikan pembeli sentiasa dibantu untuk mengurangkan beban mereka yang terkesan.
Mengulas lanjut, beliau berkata projek itu masih dikategorikan sakit kerana dua permasalahan iaitu pemaju asal projek perumahan itu belum mendapat bantuan kewangan daripada mana-mana pihak bank.
"Kedua, kriteria serta mekanisme Dana Jaminan Khas (berjumlah RM1 bilion menerusi Belanjawan 2024) masih dalam rundingan di peringkat Kementerian Kewangan.
"Namun, usaha berterusan dijalankan oleh KPKT termasuk dalam kes Residensi Hektar Gombak ini ... dalam setiap bulan kita mengadakan mesyuarat untuk menyelesaikan isu terbabit bagi membantu pembeli," katanya.
Pada Januari lepas, KPKT mengekalkan status projek perumahan Residensi Hektar Gombak di bawah kategori sakit dan akan terus membantu pemaju bagi mendapatkan bantuan pinjaman kewangan untuk menyiapkan projek itu.
Projek Residensi Hektar Gombak merupakan pembangunan bercampur terdiri daripada lima blok bangunan pangsapuri 46 tingkat, melibatkan 2,400 unit rumah dan lokasi projek perumahan itu terletak di Jalan Gombak, Setapak.
Sebelum ini, media melaporkan pembeli projek Residensi Hektar Gombak melahirkan rasa kecewa apabila hasrat memiliki kediaman sendiri belum tercapai kerana projek rumah mampu milik itu masih terbengkalai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Sepang Datuk Aiman Athirah Sabu ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Bernama
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
KPKT tambah baik operasi, beri jaminan aset mencukupi hadapi gelombang banjir seterusnya
KPKT akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi dan memberi jaminan bahawa aset melibatkan darat, air serta udara mencukupi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.
Kerajaan belanja RM1.02 bilion baik pulih, bina rumah baharu dalam tempoh dua tahun - Nga
Kerajaan telah membaik pulih dan membina baharu 34,470 unit rumah dalam tempoh dua tahun dengan jumlah peruntukan RM1.02 bilion.
SPNB bina 23,000 unit RMR, lepasi sasaran - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah berkenaan melepasi sasaran asal iaitu membina sebanyak 15,000 unit RMR.
KPKT kaji wujud Pusat Pandu Lalu Kitar Semula di pusat beli-belah
Menteri berkaitan Nga Kor Ming berkata kajian mengenai perkara itu akan dilaksanakan tahun hadapan.
KPKT tidak sekat permohonan dana selenggara rumah ibadat bukan Islam - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyekat mana-mana permohonan dana bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI), kata Menterinya Nga Kor Ming.
PM Anwar akan umum projek rumah mampu milik libatkan pelaburan besar - KPKT
Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri bulan depan, dan ia merupakan pelaburan paling besar dalam sejarah negara bagi projek berkenaan.
KPKT peruntuk RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam Sarawak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam di Sarawak tahun ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Pembinaan loji WTE penyelesaian selamat isu kekurangan tapak pelupusan - KPKT
Pembinaan loji memproses sisa pepejal kepada tenaga atau Waste to Energy (WTE) adalah penyelesaian selamat untuk mengatasi isu kekurangan tapak pelupusan sanitari.