IPOH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengeluarkan kompaun terhadap individu yang membuang sampah keluar dari kenderaan serta-merta.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata ia susulan tular gambar menunjukkan longgokan sampah yang bertaburan di tepi jalan menyebabkan pekerja PBT perlu melakukan kerja pembersihan.
"PBT akan mengeluarkan kompaun dan pastikan ia dibayar. Tindakan tegas akan diambil dan kamu yang buang sampah kena bertanggungjawab.
"Kita semua ada pergi sekolah. Kita semua ada pendidikan sivik maka tanggungjawab semua pihak untuk menjaga kebersihan awam. Bukan sahaja kita serah kepada pekerja-pekerja PBT.
"Kita pun tahu cuaca sekarang panas terik, kasihanilah kepada pekerja-pekerja kita ini yang bertungkus-lumus untuk menjaga kebersihan awam," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Meriah Beraya di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.
Mengenai gambar longgokan sampah yang tular itu, Nga berkata perkara itu amat dikesali dan semua pihak diminta bertanggungjawab membuang sampah di tempat sepatutnya selain menggunakan tong sampah disediakan bagi memastikan kebersihan kawasan sekitar.
"Oleh kerana itu, jika hendak makan dalam kereta, bungkusan itu letak dalam kereta dulu. Bila sampai ke kampung halaman, barulah angkat keluar, buang dalam tong sampah. Bukan dengan suka hati buang di tepi jalan dan harap orang lain iaitu pekerja kita kutip untuk anda," katanya.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayang berkata KPKT telah menggerakkan hampir kesemua jenteranya untuk memastikan kebersihan awam menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Tular beberapa gambar di media sosial menunjukkan sampah termasuk bungkusan makanan dan minuman bertaburan di sepanjang jalan dipercayai di laluan Kuala Lipis, Pahang ke Gua Musang, Kelantan dengan pekerja pembersihan mengutip sisa berkenaan.
Terdahulu, Nga menyampaikan baucer sumbangan Hari Raya berjumlah RM22,500 kepada 150 keluarga di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kepayang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Nga berkata beliau kesal susulan tular gambar menunjukkan longgokan sampah yang bertaburan di tepi jalan menyebabkan pekerja PBT perlu melakukan kerja pembersihan. - Gambar fail/Bernama
Enam bekas penuntut UPNM buli, bunuh Zulfarhan - Pendakwaan
Pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Budak 5 tahun nodai adik kembar akibat ketagih seks
Gara-gara kerap menyaksikan ibu kandung melakukan hubungan seks bersama teman lelaki, seorang kanak-kanak lingkungan lima tahun tergamak menodai adik kembarnya.
Anwar-Wong boleh jadi pelopor bangun standard ESG serantau di Asia Tenggara - Penganalisis
Singapura dan Malaysia berkedudukan baik untuk menggerakkkan agenda kemampanan mereka dan menetapkan duluan bagi kerjasama inisiatif hijau.
Kertas siasatan kes bagasi RM500,000 dirujuk kepada Bukit Aman
Polis Selangor akan merujuk kertas siasatan kes penemuan bagasi berisi wang tunai RM500,000 pada Mac lepas kepada Bukit Aman.
Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong
Ucapan itu antara intipati mesyuarat Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya pada Rabu.
13 maut kemalangan jalan raya di Peru
Nahas terbaru itu berlaku pada jam 6.30 pagi, waktu tempatan, membabitkan kenderaan milik sebuah syarikat pengangkutan.
Peniaga didenda RM300,000 simpan diesel tanpa lesen
Seorang peniaga peralatan ikan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menyimpan barang kawalan diesel tanpa lesen sebanyak 96,542 liter tahun lepas.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
KPKT umum pembinaan PPR Bestari Jaya, selesai masalah perumahan lima ladang di Selangor sejak 1998
KPKT mengumumkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bestari Jaya bagi menyelesaikan isu perumahan yang dihadapi 245 keluarga peneroka.
PRK KKB: Nga sedia beri kerjasama kepada SPR isu peruntukan
Nga sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aduan mengenai pengumuman peruntukan berjumlah RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
KPKT arah PBT kompaun individu buang sampah keluar kenderaan
KPKT mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mengeluarkan kompaun terhadap individu yang membuang sampah keluar dari kenderaan serta-merta.
Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama
Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan semalam dalam usaha mengukuhkan lagi jalinan kerjasam.
KPKT berjaya pulih 10,560 perumahan swasta dengan GDV RM8.23 bilion
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya memulihkan 10,560 perumahan swasta daripada 88 projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM8.23 bilion setakat Februari lepas.
Agong berkenan berangkat rasmi HLN 2024 Mei ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor pada 25 Mei.
KPKT terbuka terima cadangan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan berkaitan pencalonan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Projek rumah harga RM300,000 ke bawah paling banyak terbengkalai - KPKT
Aiman Athirah berkata daripada 81 projek berkenaan, ia membabitkan 23,031 unit rumah dan 12,565 pembeli.