GEORGE TOWN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mencari pendekatan teknologi hijau bagi meningkatkan pembangunan sekali gus meminimumkan degradasi kualiti persekitaran dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata pihak KPKT menyokong inisiatif hijau oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk memasang struktur bumbung dan juga penggunaan tenaga solar di Jambatan Harapan iaitu jambatan lingkaran untuk kegunaan pejalan kaki dan penunggang basikal.
"MBPP akan menggunakan tenaga solar untuk mendapatkan bekalan tenaga dan sepatutnya ia juga boleh digunakan oleh pihak swasta.
"Kita akan berbincang dengan Suruhanjaya Tenaga tentang bagaimana peluang-peluang ini boleh diwujudkan kerana inisiatif hijau juga boleh mendatangkan penjimatan," katanya kepada pemberita ketika melawat projek tersebut.
Sementara itu, Datuk Bandar MBPP Datuk Yew Tung Seang berkata KPKT sentiasa menggerakkan pihak PBT untuk melaksanakan projek bermanfaat kepada masyarakat yang mana pihak MBPP mendapat peruntukan RM700,000 untuk rangka bumbung solar bagi projek Jambatan Harapan.
"Kita memanfaatkan cuaca yang cerah melalui penggunaan tenaga solar, yang mana ia dapat menjana 400 kilowatt tenaga yang cukup untuk digunakan oleh 70 unit rumah teres dua tingkat.
"Kami merancang untuk melaksanakan projek solar ini sebanyak mungkin di seluruh Pulau Pinang tetapi kami perlu melihat perkara ini dengan Suruhanjaya Tenaga terlebih dahulu, sama ada ini boleh digunakan dan dikongsi dengan pihak ketiga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 13 2022
Ismail mengayuh basikal di jambatan lingkaran 'Spiral Bicycle' sambil diiringi Yew (depan, kanan) semasa melawat jambatan berkenaan di George Town, 13 Feb 2022. --fotoBERNAMA
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Menjana masa depan dengan pembiayaan untuk PKS teknologi hijau
GreenBizReady CIMB menawarkan latihan dan pembinaan kapasiti percuma untuk mempercepatkan pelaksanaan amalan perniagaan lestari oleh PKS, menerusi pelbagai inisiatif diterajui industri.
Istana Budaya guna teknologi hijau selaras aspirasi global terhadap alam sekitar
Antara langkah awal diambil Istana Budaya ialah menukar lampu sedia ada kepada lampu LED yang dapat menjimatkan tenaga sejak Ogos lepas.
Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik di Asia hasil tindakan bersepadu kerajaan
Ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia berbanding dolar US sejak pelaksanaan tindakan bersepadu oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 26 Februari 2024.
Galak sektor perkilangan terap penggunaan teknologi hijau
Ia sekali gus dapat meminimumkan kesan terhadap alam semula jadi dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.
WTCKL pusat konvensyen dunia pertama guna teknologi hijau
Bangunan itu kini dipasang dengan sistem panel solar di atas bumbungnya berkapasiti 501 kilowatt peak.
KPKT galakkan PBT guna pendekatan teknologi hijau
KPKT menyokong inisiatif hijau oleh MBPP untuk memasang struktur bumbung dan penggunaan tenaga solar di Jambatan Harapan.
Gerakan koperasi perlu berani terokai teknologi hijau
Gerakan koperasi di negara ini perlu mengambil langkah berani dalam menerokai teknologi hijau seiring dengan peralihan minat masyarakat dunia ketika ini.
CES 2022: Syarikat teknologi fokus kelestarian alam sekitar, tangani perubahan iklim
Syarikat teknologi ternama dunia memilih untuk menyatakan kepentingan teknologi hijau terhadap masa depan dalam pameran elektronik tahunan terbesar di dunia, CES 2022.
UK sasar tingkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam teknologi hijau
Kedua-dua pihak harus melihat lebih jauh untuk memanfaatkan potensi besar dalam sektor hijau.
TNB sokong agenda perubahan iklim, teknologi hijau negara
TNB ambil tindakan proaktif dengan mengumumkan hala tuju kelestariannya dalam usaha meminimumkan kesan peningkatan pelepasan gas rumah kaca.