KPKT gempur premis pajak gadai haram, sita barangan bernilai RM45,840

KPKT melalui kenyataan hari ini memaklumkan operasi melibatkan empat premis yang disyaki melakukan aktiviti itu tanpa lesen dengan sembilan individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan. - Foto Facebook KPKT
KOTA KINABALU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyita 36 barangan gadaian dengan nilai keseluruhan RM45,840 dalam operasi penguatkuasaan di sini bagi membanteras aktiviti pajak gadai secara haram, Isnin lepas.
Ringkasan AI
- KPKT menyita 36 barangan gadaian bernilai RM45,840 dalam operasi penguatkuasaan untuk membanteras aktiviti pajak gadai haram di kawasan tersebut.
- Operasi melibatkan empat premis yang disyaki melakukan aktiviti tanpa lesen, dengan kesembilan individu dirakam keterangan bagi siasatan lanjut.
- KPKT menegaskan tindakan tegas diambil selaras dengan peruntukan undang-undang, sambil menggalakkan orang awam menggunakan aplikasi i-Gadaian untuk mengelakkan risiko kerugian harta benda.
KPKT memaklumkan individu atau syarikat yang ingin menjalankan perniagaan pajak gadai diwajibkan memiliki lesen sah dikeluarkan kementerian.
"KPKT tidak berkompromi terhadap pihak yang melanggar undang-undang dan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pajak gadai di Malaysia beroperasi secara sah dan mematuhi peraturan ditetapkan," menurut kenyataan itu.
Selain itu, KPKT menggalakkan orang awam memanfaatkan aplikasi i-Gadaian yang dibangunkan kementerian untuk mengenal pasti premis pemajakgadaian yang berlesen yang boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store bagi mengelakkan risiko kerugian harta benda.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


