awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT jalin kerjasama kukuhkan sektor perumahan dan kerajaan tempatan

Bernama
Bernama
10/01/2025
21:00 MYT
KPKT jalin kerjasama kukuhkan sektor perumahan dan kerajaan tempatan
Aiman Athirah (tengah) pada Majlis Menandatangani MoU antara KPKT yang diwakili I-KPKT dengan UUM, UiTM dan UIAM di I-KPKT Bukit Tinggi pada Jumaat. - Gambar FB KPKT
BENTONG: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meluaskan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh sektor perumahan dan kerajaan tempatan di negara ini.
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, usaha melalui Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) ini bertujuan memajukan penyelidikan, pembangunan dan pelaksanaan dasar dalam sektor terbabit.
"Melalui kerjasama dan inisiatif ini, kita yakin akan dapat melahirkan lebih ramai lagi (golongan) profesional, penyelidik dan pemimpin yang berkemahiran tinggi dalam bidang berkaitan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
"(Selain itu,) ia juga dapat memacu I-KPKT menjadi sebuah institut latihan di bawah KPKT yang memainkan peranan penting dalam menyediakan latihan kepada pegawai dan petugas pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi terlibat di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KPKT yang diwakili I-KPKT dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di I-KPKT Bukit Tinggi, di sini, pada Jumaat.
Majlis MOU itu disaksikan Aiman Athirah manakala KPKT diwakili Ketua Setiausaha Datuk Wira M Noor Azman Taib.
Aiman Athirah berkata, kerjasama strategik ini akan memperkukuh lagi peranan I-KPKT sebagai pusat maklumat, rujukan dan penyedia khidmat nasihat utama kepada PBT selain sebagai antara inisiatif ke arah mencapai status pusat kecemerlangan (CoE).
"Setiap universiti yang terlibat membawa kekuatan dan kepakaran tersendiri, UUM misalnya dalam bidang kerajaan tempatan, UiTM dalam bidang alam bina khusus pengurusan dan pembangunan bandar serta UIAM dalam bidang alam bina dan persekitaran Islamik.
"Gabungan kepakaran ini bukan sahaja mengukuhkan asas kerjasama, tetapi juga membuka peluang luas untuk kita meneroka potensi baharu yang lebih segar pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata, KPKT sentiasa berpegang teguh kepada prinsip bahawa pendidikan dan penyelidikan ialah kunci utama dalam merangka dasar yang lebih efektif serta praktikal.
"Dengan memanfaatkan kepakaran dan inovasi, kita bukan sahaja dapat memenuhi keperluan rakyat dengan lebih berkesan, tetapi juga membangunkan dasar serta penyelesaian yang mampan dan inklusif.
"Komitmen ini mencerminkan aspirasi KPKT untuk terus menjadi pemangkin kepada pembangunan Malaysia MADANI, memastikan kesejahteraan rakyat dan membentuk masa depan lebih cerah untuk generasi akan datang," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#pbt
#masa depan
#sektor perumahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan