KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan mengutip kira-kira 20,000 kilogram sisa pepejal sempena sambutan 'World Cleanup Day 2021' peringkat kebangsaan sepanjang 14 hari program itu yang bermula 6 Sept lepas.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata pelbagai pengisian program telah diatur dan ia akan diadakan secara dalam talian sepenuhnya disebabkan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.
"Pelaksanaan komponen utama dalam World Cleanup Day adalah seperti aktiviti pembersihan kawasan dan audit sisa. Setiap peserta boleh menjalankan aktiviti pembersihan kawasan dan audit sisa secara individu atau bersama keluarga di kawasan perumahan masing-masing.
"Pelbagai sesi webinar dan pertandingan juga dianjurkan sepanjang sambutan ini yang boleh diikuti melalui platform Facebook Rasmi SWCorp atau KPKT antaranya Cilik World Cleanup Day Tahun 2021, Women World Cleanup Day, Tiktok Cleanup Challenge dan kuiz dengan hadiah terkumpul berjumlah RM22,000," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk 'Keluarga Malaysia, Bersihkan Malaysia' malam tadi.
Mengulas lanjut, Ismail berkata sebanyak 100 agensi dan badan bukan kerajaan akan mengambil bahagian melibatkan 14 negeri dengan jangkaan penyertaan seramai 5,000 sukarelawan.
"Kita mahu gaya hidup menjaga kebersihan ini bukan bersifat sekali sahaja sebaliknya berpanjangan, kita mahu tanamkan sedalamnya kesedaran supaya jadikan kebersihan cara hidup berterusan, bukan pada sambutan World Cleanup Day sahaja," katanya.
World Cleanup Day adalah sambutan di peringkat dunia yang melibatkan aktiviti pembersihan kawasan persekitaran secara serentak dan ia mula dianjurkan oleh sebuah organisasi antarabangsa iaitu Let's Do It World yang berjaya menyatukan 180 negara di seluruh dunia pada 2019 demi sebuah planet yang bersih.
Ini merupakan sambutan kali kedua World Cleanup Day anjuran SWCorp di Malaysia selepas penganjuran sama tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 16 2021
Sebanyak 100 agensi dan badan bukan kerajaan akan mengambil bahagian dalam World Cleanup Day 2021, melibatkan 14 negeri dengan jangkaan penyertaan seramai 5,000 sukarelawan. - Foto Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp
Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah
Stigma negatif terhadap penagih dadah perlu diubah bagi membolehkan golongan itu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk pulih daripada penagihan.
Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA
Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.
Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Indonesia transformasi sektor teknologi, kurangkan pergantungan kepada pasaran luar
Joko Widodo sedang mendorong transformasi dalam sektor teknologi negara dalam mengubah statusnya daripada sebuah negara pengguna kepada pengeluar.
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
Jangan abaikan suara wanita dalam proses keamanan dan keselamatan - Noraini
Pandangan dan suara wanita tidak seharusnya diabaikan dalam membuat keputusan berkaitan kemananan dan keselamatan.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Bursa Malaysia teruskan lonjakan hari keempat, ditutup lepasi paras utama 1,600
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.52 peratus atau 8.29 mata kepada 1,605.68 berbanding 1,597.39 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Wisma Putra sahkan letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Narathiwat
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Tha Phraya Sai di wilayah Narathiwat, Thailand pada 9.35 malam waktu tempatan Isnin (6 Mei).
KPKT jangka kutipan 20,000 kilogram sisa pepejal melalui program 'World Cleanup Day'
Pelbagai pengisian program telah diatur dan ia akan diadakan secara dalam talian sepenuhnya.