awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT kini dikenali sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Bernama
Bernama
26/12/2023
15:23 MYT
KPKT kini dikenali sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Penyediaan rumah mampu milik merupakan teras utama kementerian itu, dengan sasaran pembinaan 500,000 unit rumah di seluruh negara khususnya untuk golongan B40 dan M40 menerusi Rancangan Malaysia Ke-12. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan kini dikenali dengan nama rasmi sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
KPKT dalam kenyataan hari ini memaklumkan nama kementerian itu dipinda berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Dis lepas dan nama baru itu akan diwartakan secara rasmi di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969.
Menurut kenyataan itu penyediaan rumah mampu milik merupakan teras utama kementerian itu, dengan sasaran pembinaan 500,000 unit rumah di seluruh negara khususnya untuk golongan B40 dan M40 menerusi Rancangan Malaysia Ke-12.
Hala tuju strategik melalui pelaksanaan visi dan misi KPKT pula akan terus diperkasa menerusi lapan fungsi utama iaitu Perumahan Mampu Milik, Perancangan Bandar, Pembangunan Landskap, Pemerkasaan Kerajaan Tempatan, serta Kebombaan dan Penyelamatan.
Selain itu, Pengurusan Sisa Pepejal, Pendayaupayaan Komuniti, serta Kredit Komuniti dan Pajak Gadai.
"KPKT komited bersama Kerajaan MADANI dalam merealisasikan agenda dan fokus utama iaitu bagi menerajui kemakmuran komuniti bandar serta persekitaran mampan.
"Aspek daya huni rakyat akan terus dipertingkatkan demi kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat dan seterusnya menjadi pemangkin kepada kemajuan negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#Kerajaan Madani
#kualiti hidup rakyat
#nama rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan