KPKT peruntuk RM20 juta turap semula 400 jalan perumahan di Ipoh

Nga melihat pelbagai sayuran segar yang dijual ketika mengadakan lawatan di Pasar Canning hari ini. - Gambar Bernama
IPOH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM20 juta kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi melaksanakan kerja penurapan semula 400 jalan perumahan di kawasan bandar raya di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan itu.
Ringkasan AI
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) peruntukkan RM20 juta kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk penurapan semula 400 jalan perumahan di kawasan bandar raya.
- Menteri Nga Kor Ming menekankan pentingnya analisis kos dan faedah dalam pelantikan kontraktor bagi memastikan kualiti kerja terbaik serta jalan perumahan selamat digunakan.
- KPKT menetapkan anggaran kos penurapan semula satu jalan perumahan sekitar RM50,000 untuk memastikan projek dilaksanakan mengikut piawaian tinggi dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.
"Saya juga minta Datuk Bandar untuk pastikan apabila pelantikan kontraktor, kena buat analisis kos dan faedah. Siapa yang berikan tawaran paling menarik, kualiti kerja paling terbaik, baru kita bagi dia kerja dan 400 jalan ini dijangka akan mula dalam tempoh terdekat serta siap sepenuhnya menjelang Hari Raya nanti," katanya pada sidang media selepas lawatan kerja di Pasar Canning di sini hari ini.
Beliau berkata KPKT akan memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut piawaian tinggi supaya manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat, selain menjamin jalan perumahan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.
Nga berkata KPKT menganggarkan kos penurapan semula satu jalan di kawasan perumahan kira-kira RM50,000.
"Saya percaya di bawah pimpinan Datuk Bandar kita nak pastikan semua kerja-kerja (dilaksanakan)... apabila peruntukan turun (diberi), kita kena pastikan kualiti itu ada supaya rakyat akan rasa teruja dengan perubahan yang sedang kita bawa bersama," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


