awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT sasar hapus 300 tapak pelupusan sampah haram

Bernama
Bernama
31/05/2023
20:30 MYT
KPKT sasar hapus 300 tapak pelupusan sampah haram
Kor Ming berkata KPKT telah melupuskan sebanyak 128 tapak pelupusan sampah haram dalam 100 hari pertama beliau memegang jawatan sebagai menteri dan usaha itu akan terus dipertingkat. - Foto fail/Sinar Harian
SEKINCHAN: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan untuk menghapuskan kira-kira 300 tapak pelupusan sampah haram di seluruh negara tahun ini, sebagai salah satu usaha memastikan kebersihan dan memelihara kualiti alam.
Menterinya Nga Kor Ming berkata KPKT telah melupuskan sebanyak 128 tapak pelupusan sampah haram dalam 100 hari pertama beliau memegang jawatan sebagai menteri dan usaha itu akan terus dipertingkat.
"Saya sasarkan tahun ini kita akan lupuskan kira-kira 300 tapak pelupusan sampah haram khususnya di Selangor berikutan terdapat banyak kawasan industri di negeri ini," katanya kepada media selepas lawatan di sekitar Pekan Sekinchan, di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau berkata kementeriannya kini dalam proses perbincangan dengan kerajaan Selangor berhubung pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dalam usaha bersama mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah sampah haram yang telah lama berlarutan.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan untuk menandatangani Akta 672 bagi menangani masalah pembuangan sampah haram di negeri itu bagi memastikan keseragaman undang-undang dalam pengawalan dan pengawalseliaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Sementara itu, Nga berkata kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berada pada tahap tertinggi bagi operasi pemadaman kebakaran akibat cuaca panas.
Katanya kementerian telah memberi peruntukan tambahan khusus kepada JBPM sebanyak RM46.15 juta bagi membeli peralatan dan perolehan.
"Saya juga meminta orang ramai memberhentikan pembakaran terbuka terutama pada musim panas ini. Jangan sesekali menjadikan keadaan lebih teruk kerana pembakaran terbuka adalah satu kesalahan yang boleh dihukum penjara dan kompaun," ujarnya.
Terdahulu, Nga menyerahkan surat kelulusan peruntukan berjumlah RM2.52 juta kepada Majlis Daerah Sabak Bernam bagi beberapa projek menaik taraf dan penyelenggaraan di Sekinchan termasuk penyelenggaran longkang utama di Jalan Bernam, pemasangan papan iklan lampu solar diod pemancar cahaya (LED); projek menaik taraf bumbung gerai penjaja Pasar Awam Sekinchan dan projek membaik pulih serta membina infrastruktur di enam buah Kampung Baru Cina.
Nga berkata kesemua projek yang bermula minggu hadapan itu dijangka siap menjelang akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tapak pelupusan sampah
#pembakaran terbuka
#musim panas
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan