awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT sasar setiap komuniti ada bomba sukarela

Bernama
Bernama
02/04/2021
12:44 MYT
KPKT sasar setiap komuniti ada bomba sukarela
Kata Zainal Abidin, KPKT berharap dengan adanya anggota bomba sukarela di satu-satu kawasan, usaha memberi bantuan akan dapat disegerakan. - Instagram/@ZainalHassanKSU
PASIR SALAK: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan untuk melantik anggota bomba sukarela dalam kalangan komuniti setempat di seluruh negara.
Ketua Setiausaha KPKT Datuk Zainal Abidin Abu Hassan berkata perkara itu antara agenda kementerian menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi membantu melaksanakan operasi apabila berlaku kecemasan.
Kementerian berharap dengan adanya anggota bomba sukarela di satu-satu kawasan, usaha memberi bantuan akan dapat disegerakan, katanya pada sidang media selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah di Jalan Kampung Setia, di sini hari ini.
Mengenai BBP itu, Zainal Abidin berkata kemudahan tersebut yang dibangunkan di atas kawasan seluas 3.2 hektar dengan kos RM2.9 juta, siap pada 7 Okt tahun lepas dan beroperasi pada 4 Jan lalu bagi menyediakan perkhidmatan kepada penduduk sekitar Kampung Gajah yang sebelum ini terpaksa bergantung pada BBP Teluk Intan yang jaraknya kira-kira 40 kilometer.
"Dengan adanya balai bomba di sini, kita dapat memastikan menyampaikan perkhidmatan mengikut KPI (petunjuk prestasi utama) masa tindak balas bawah 10 minit yang telah ditetapkan apabila ada panggilan kecemasan," katanya.
Perasmian balai bomba berkenaan turut dihadiri Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, Pengarah JBPM Perak Azmi Osman dan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen
#bomba
#operasi
#BBP
#KPKT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan