Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyerahkan kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim untuk mengambil tindakan sivil bagi menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata keluarga Muhammad Adib berhak mendapat keadilan di atas kematiannya.
"Keluarga Muhammad Adib tidak berjumpa dengan saya, cuma dia (keluarga) dan rakyat inginkan keadilan bagi Adib.
"Kita tidak tahu sebab kematian, sebab itu kita perlukan keadilan," katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya di sini pada Ahad.
Jumaat lalu, media melaporkan keluarga Muhammad Adib akan mengambil tindakan sivil bagi menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba berumur 24 tahun itu pada 17 Dis 2018 setelah parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.
Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan bahawa kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.
Ditanya sama ada KPKT menyokong tindakan keluarga Muhammad Adib itu, Ismail berkata pihaknya menyerahkan perkara tersebut kepada undang-undang.
Menyentuh mengenai cadangan KPKT untuk meningkatkan kadar elaun tugasan anggota bomba bantuan, beliau berkata perkara itu telah dibincangkan di peringkat kementerian.
Tanpa mengulas hasil perbincangan itu, Ismail berkata kenaikan elaun tersebut adalah wajar kerana anggota bomba terbabit menjalankan kerja kira-kira lapan jam sehari dengan elaun RM6 sejam berbanding pasukan lain seperti Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia dan Anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang mendapat RM8.
"Kita bukan nak mendesak kerajaan, kita tahu kerajaan perlukan kewangan tetapi atas tanggungjawab kita sebagai kementerian, maka kita wajar membela pasukan bomba bantuan ini," katanya.
Bulan lepas, Ismail berkata KPKT akan membawa cadangan meningkatkan kadar elaun tugasan anggota bomba bantuan untuk dibincangkan di peringkat kabinet.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 19 2020
Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan bahawa kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Mahkamah bebaskan 17 lelaki dituduh merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman
Mahkamah Majistret Petaling Jaya membebaskan 17 lelaki tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada November 2018.
KPKT serah kepada keluarga Adib untuk saman polis
Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata keluarga Muhammad Adib berhak mendapat keadilan di atas kematiannya.
Inkues Adib: Polis akan akur pada arahan mahkamah - Ketua Polis Selangor
Setakat ini pihak polis masih belum mendapat laporan penuh, tindakan itu akan diambil selepas diberikan arahan oleh mahkamah.