KUALA SELANGOR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Termpatan (KPKT) hari ini mengumumkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bestari Jaya bagi menyelesaikan isu perumahan yang dihadapi 245 keluarga peneroka estet getah di lima ladang di daerah ini sejak 1998.
Menterinya Nga Kor Ming berkata projek bernilai RM75 juta yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun itu dibina di atas tanah seluas 8.09 hektar di Lot 25, Ladang Sungai Tinggi di sini melalui kerjasama kerajaan negeri Selangor dan juga Berjaya Corporation Berhad yang menyediakan tanah secara percuma.
Beliau berkata PR1MA Corporation Malaysia dilantik sebagai agensi pelaksana projek PPR itu yang membabitkan pembinaan rumah teres berkeluasan 1,200 kaki persegi dengan dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air.
"Isu pemilikan rumah melibatkan lima estet iaitu Ladang Mary, Ladang Nigel Garder, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak ini telah berlarutan hampir 26 tahun sejak 1998.
"Hasil perbincangan Kerajaan MADANI dengan kerajaan Selangor, kita sepakat menjayakan pembangunan perumahan bagi pekerja ladang terlibat yang dijangka memberi manfaat kepada 1,250 penduduk secara keseluruhan," katanya pada sidang media penyelesaian isu perumahan lima estet di Selangor di sini, hari ini.
Nga berkata PPR Bestari Jaya itu akan dinamakan sebagai PPR Harmoni Madani apabila siap kelak bagi mencerminkan semangat perpaduan antara kaum dan keharmonian sebagai kunci kejayaan negara.
Sementara itu beliau berkata 202 projek PPR melibatkan 115,039 unit rumah telah siap dibina di seluruh negara sejak 1998 hingga tahun ini.
Nga berkata dalam tempoh sama juga kerajaan Persekutuan sedang melaksanakan pembinaan 19 projek membabitkan 7,517 unit rumah manakala pembangunan 6,006 unit rumah dalam peringkat perbincangan.
"Nilai keseluruhan komitmen kewangan disediakan kerajaan Persekutuan bagi program ini berjumlah RM12 bilion," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Nga berkata projek bernilai RM75 juta yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun itu dibina di atas tanah seluas 8.09 hektar di Lot 25, Ladang Sungai Tinggi, Kuala Selangor. - Gambar fail/Bernama
[TERKINI] Pendaki Malaysia maut ketika daki gunung tertinggi Amerika Utara
Seorang daripada tiga pendaki Malaysia maut ketika mendaki Gunung Denali, Alaska yang merupakan puncak tertinggi di Amerika Utara.
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Selain Biden, Menteri Luar UK, David Cameron membawa nada yang sama bahawa Hamas mesti menerima cadangan perang Gaza yang diumumkan Presiden Amerika bagi pihak Israel.
Hamas bersedia berurusan secara positif dengan Israel
Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan kesediaannya untuk berurusan secara positif terhadap kandungan cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
MIMAC yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada KBS.
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Neville nasihat Manchester United kekalkan Ten Hag
Khabar angin bertiup sejak beberapa bulan lalu bahawa Ratcliffe dan INEOS bakal memutuskan untuk memecat Ten Hag selepas EPL berakhir.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Islam ada kejutan buat Poirier
UFC 302 yang berlangsung di Newark, New Jersey, pada Ahad turut menyaksikan 'kepulangan' Khabib Nurmagomedov ke Oktagon.
KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS
Setakat ini, 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program KOSIS sejak dilancarkan pada 2019.
KPKT perhebat usaha bangunkan industri landskap negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperhebat usaha membangunkan industri landskap pada tahun ini.
Agong berkenan rasmi Hari Landskap Negara 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam di sini.
KPKT namakan orkid hibrid baharu sempena nama Agong
Orkid hibrid berkenaan dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda pada Majlis Perasmian Hari Landskap Negara 2024 di Taman Tasik Shah Alam.
Nilai pasaran kredit komuniti negara cecah RM24.8 bilion - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah itu meliputi nilai pinjaman serta pajak gadai melibatkan Pemberi Pinjaman Wang (PPW) dan Pemegang Pajak Gadai (PPG).
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
PBT diingatkan guna peruntukan secara telus - KPKT
KPKT memberi peringatan kepada semua agensinya terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) agar melaksanakan semua projek yang mendapat peruntukan kementerian secara telus dan mengikut piawaian ditetapkan.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
KPKT umum pembinaan PPR Bestari Jaya, selesai masalah perumahan lima ladang di Selangor sejak 1998
KPKT mengumumkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bestari Jaya bagi menyelesaikan isu perumahan yang dihadapi 245 keluarga peneroka.
PRK KKB: Nga sedia beri kerjasama kepada SPR isu peruntukan
Nga sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aduan mengenai pengumuman peruntukan berjumlah RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).