awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM dalam proses nilai kerosakan sekolah terlibat banjir - Fadhlina

Bernama
Bernama
08/12/2024
06:45 MYT
KPM dalam proses nilai kerosakan sekolah terlibat banjir - Fadhlina
KPM sedang dalam proses membuat penilaian jumlah kos bagi kerosakan yang dialami sekolah-sekolah berkenaan. - Gambar fail
BUTTERWORTH: Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengenal pasti sekolah yang terlibat dengan gelombang pertama banjir di sembilan negeri baru-baru ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Beliau berkata KPM sedang dalam proses membuat penilaian jumlah kos bagi kerosakan yang dialami sekolah-sekolah berkenaan.
“Gelombang pertama kita dah ada bilangannya, cuma sedang dikenal pasti dari segi unjuran kos (kerosakan) yang terlibat dan kita juga sedang membuat persiapan untuk menghadapi kemungkinan lain,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Khazanah Reformasi Walk di Seberang Jaya, di sini hari ini.
Semalam Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata Kementerian Kewangan (MOF) akan bekerjasama dengan KPM untuk menyalurkan bantuan segera bagi membaik pulih sekolah yang terjejas akibat banjir kembali beroperasi secepat mungkin.
Sementara itu Fadhlina berkata beliau berpuas hati dengan semua persiapan yang telah dilaksanakan KPM setakat ini, termasuk mengaktifkan Ops Payung bagi memastikan kelancaran Ujian Amali Sains bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadual berlangsung ketika negara dijangka dilanda gelombang kedua banjir.
“Esok, Selasa dan Khamis kita ada Ujian Amali Sains dan diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (16 hingga 19 Dis), jadi persiapan dalam keadaan yang sangat baik,” katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga Rabu ini di tujuh negeri membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak dan Johor yang berkemungkinan mengakibatkan gelombang kedua banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir2024
#KPM
#sekolah rosak
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan