awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM, KKM bincang pelajar Tingkatan 5 ke sekolah tanpa penggiliran

Bernama
Bernama
18/10/2021
04:14 MYT
KPM, KKM bincang pelajar Tingkatan 5 ke sekolah tanpa penggiliran
Mohd Radzi bersama dengan murid Tahun Satu, Aidil Shahfitri, ketika mengadakan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun, Tampin, hari ini. --fotoBERNAMA
TAMPIN: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kadar vaksinasi bagi membolehkan pelajar Tingkatan Lima ke sekolah tanpa penggiliran.
Menterinya Datuk Dr Radzi Jidin berkata ia susulan peningkatan kadar vaksinasi pelajar Tingkatan Lima yang mencecah 97 peratus atau 371,696 pelajar menerima dos pertama, manakala 57.9 peratus (142,655 pelajar) telah lengkap divaksin.
"Pelajar telah mula kembali ke sekolah dan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan dengan baik, namun ada kumpulan pelajar mungkin dipertimbangkan untuk tiada penggiliran.
"Mungkin dimulakan dengan pelajar Tingkatan Lima seperti dilaksanakan untuk pelajar (mengambil peperiksaan) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun, Tampin pagi ini.
Dalam pada itu, Radzi berkata seramai 339,951 murid layak hadir ke sekolah di negeri-negeri yang mencapai Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu di Negeri Sembilan, Labuan dan Langkawi bermula semalam dan hari ini.
KPM sebelum ini membenarkan pembukaan sekolah rendah bagi murid tahap satu di negeri-negeri yang telah mencapai Fasa Empat PPN.
Dalam pada itu, Radzi berkata setakat ini pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) penggiliran pelajar ke sekolah, berjalan lancar termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara sendiri atau sebelum hadir ke sekolah secara bersemuka.
Beliau berkata menerusi PdPR guru akan memaklumkan kepada setiap kumpulan pelajar mengenai persediaan yang perlu dilaksanakan sebelum sesi PdP bersemuka bermula pada minggu berikutnya.
"Apabila murid datang ke sekolah pada minggu berikutnya, guru akan membantu mereka memahami topik atau perkara mereka dapati sukar difahami melalui PdPR," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiada penggiliran
#sekolah bersemuka
#kadar vaksinasi
#Radzi Jidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan