awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM komited lahirkan pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
09/05/2017
02:30 MYT
KPM komited lahirkan pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang
Foto tahun lalu ketika Mahdzir beramah mesra bersama sebahagian pelajar-pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor, selepas merasmikan Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam. - Bernama
Kementerian Pendidikan meneruskan usaha dalam melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk bidang seni.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata setakat ini lima buah sekolah berkonsepkan kesenian dibina termasuk Sekolah Seni Malaysia Sarawak, Sekolah Seni Malaysia Johor, Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur.
Pada tahun 2016 KPM telah menambah dua lagi sekolah di bawah pendidikan seni membabitkan SMK Muhibbah di Perak dan SMK Elopura di Sabah.
"Kurikulum kesenian di peringkat menengah rendah ini merangkumi empat bidang iaitu seni muzik, seni teater, seni tari dan seni visual. Selain empat komponen ini kurikulum juga termasuk mata pelajaran kreativiti, kokurikulum, persembahan, sesi apresiasi dan rangkaian rakan seni.
Beliau turut berkata kaedah penilaian yang dilaksanakan pula berasaskan kepada pemerhatian semasa pelajar menjalankan setiap aktiviti praktikal, teori dan nilai.
Mahdzir ditemui ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Sekolah Seni Kuala Lumpur di ibu negara.
Sekolah ini dijangka siap pembinaan menjelang hujung tahun ini bagi menempatkan pelajarnya yang kini menumpang premis di Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam, Selangor.
SSeMKL telah ditubuhkan pada 2014 Dan ketika ini mempunyai 211 pelajar.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Kuala Lumpur
#Mahdzir Khalid
#Malaysia
#pendidikan
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan