awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM komited tingkatkan kualiti, kesaksamaan, akses pendidikan untuk semua murid - Fadhlina

Bernama
Bernama
07/10/2023
05:15 MYT
KPM komited tingkatkan kualiti, kesaksamaan, akses pendidikan untuk semua murid - Fadhlina
Fadhlina berkata tiada siapa akan dipinggirkan dalam arus pendidikan di negara ini selari dengan hasrat membangun Malaysia MADANI. -Gambar fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk meningkatkan kualiti, kesaksamaan ekuiti dan akses pendidikan bagi semua murid, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Beliau berkata tiada siapa akan dipinggirkan dalam arus pendidikan di negara ini selari dengan hasrat membangun Malaysia MADANI.
"Pendidikan berkualiti adalah milik semua tanpa mengira batasan kaum, agama atau politik," katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri (MJEPN) KPM Bilangan 1 Tahun 2023 yang dipetik KPM dalam kenyataan semalam.
Mengenai mesyuarat itu, beliau berkata ia merupakan platform untuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) di negeri-negeri mendapat maklumat berkaitan perkembangan pendidikan khususnya melibatkan dasar pendidikan negara terkini.
Katanya ia juga memberi peluang kepada Exco berkenaan mengetengahkan perkara-perkara berkaitan pendidikan di negeri masing-masing secara spesifik.
Menurut Fadhlina, MJEPN itu juga merupakan usaha untuk menjadikan komunikasi antara KPM dengan pihak berkepentingan termasuk Exco Pendidikan negeri-negeri seluruh negara menjadi lebih cekap dan telus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Kementerian Pendidikan
#akses pendidikan bagi semua murid
#Malaysia Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan