awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM nafi keluarkan warta pembinaan 10 SJKC - Muslimin

Bernama
Bernama
29/08/2020
09:50 MYT
KPM nafi keluarkan warta pembinaan 10 SJKC - Muslimin
KPM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan atau warta berkenaan perkara itu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan pihaknya merancang membina 10 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan memindahkan enam buah lagi ke kawasan baharu seperti yang dilapor media baru-baru ini.
Timbalan Menteri Pendidikan 1 Muslimin Yahaya berkata KPM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan atau warta berkenaan perkara itu.
"Saya dimaklumkan rancangan untuk membina dan memindah sekolah itu (SJKC) adalah warta lama, ia bukan perancangan baharu kementerian.
"Ia merupakan isu lama yang dimainkan, saya khuatir ini dapat membangkitkan satu sentimen perkauman, di peringkat kementerian kita tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan," kata Ahli Parlimen Sungai Besar itu kepada pemberita selepas merasmikan Skuad Antidadah Daerah Sabak Bernam, di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang mahu kementerian itu menjelaskan mengenai perkara berkenaan seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cina
#Kementerian Pendidikan
#KPM
#Malaysia
#Media
#Melayu
#menteri
#Muslimin Yahaya
#Parlimen
#pelajar
#pendidikan
#SJKC
#Sungai Besar
#Timbalan Menteri Pendidikan 1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan