awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM pantau isu guru jadikan pelajar 'content' TikTok

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
20/06/2023
12:27 MYT
KPM pantau isu guru jadikan pelajar 'content' TikTok
Fadhlina menegaskan, pihaknya akan mempertimbangkan langkah intervensi atau tindakan yang sewajarnya jika menerima aduan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memantau perkembangan isu seorang guru yang didakwa menggunakan pelajarnya untuk mencipta kandungan di TikTok.
Menterinya, Fadhlina Sidek menegaskan, pihaknya akan mempertimbangkan langkah intervensi atau tindakan yang sewajarnya jika menerima aduan.
"Kita memantau dari masa ke semasa. Sebarang aduan kita minta kemukakan kepada KPM apatah lagi jika ia menjejaskan integriti dan etika kerja seorang guru yang barangkali boleh memberi impak negatif kepada keseluruhan ekosistem pendidikan.
"Saya pantau perkara ini dengan ketat dan saya akan maklumkan dari masa ke semasa, apa tindakan sekiranya ada, atau intervensi yang kita akan buat di peringkat KPM, sekiranya ada aduan rasmi yang kita terima," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Pemerkasaan Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, pada Selasa.
Beberapa hari lalu, terdapat rungutan di media sosial berkenaan seorang individu yang dikatakan seorang guru di sebuah sekolah swasta, memuat naik sebuah video yang memaparkan dia menggeledah beg sekolah milik para pelajar sebagai content untuk TikTok.
Guru berkenaan juga didakwa menjadikan para pelajar dan aktiviti hariannya bersama pelajar sebagai bahan untuk dimuat naik ke akaun TikToknya yang memiliki lebih 1 juta pengikut.
Ia menimbulkan persoalan dan kebimbangan dalam kalangan netizen terutama selepas beberapa komen kurang sopan yang ditujukan kepada pelajar, ditemui pada video-video yang dimuat naik.
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Kementerian Pendidikan
#integriti
#guru
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan