KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) diharapkan memberi keutamaan kepada aspek kualiti, kemahiran dan minat calon guru yang akan dipilih kelak dalam mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah-sekolah di seluruh negara, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat.
Beliau berkata, walaupun kerajaan dilihat serius dan ingin menyelesaikan isu kekurangan guru dalam masa yang singkat, tiga elemen itu perlu diberi penekanan kerana cabaran yang dihadapi dalam dunia perguruan ketika ini amat besar.
"Cuepacs juga tidak mahu pengambilan secara besar-besaran itu hanya mampu menyelesaikan isu kekurangan guru semata-mata tetapi tidak memberi impak yang diharapkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baru-baru ini, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin mengumumkan pelaksanaan pengambilan khas secara 'one-off' seramai 18,702 pendidik bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Adnan juga meminta KPM memberi keutamaan kepada graduan pendidikan yang masih tidak mendapat penempatan dan layak berdasarkan opsyen mata pelajaran masing-masing supaya kemahiran dan keupayaan mereka dapat digunakan dengan lebih berkesan.
Beliau berkata Cuepacs melihat pengambilan guru secara besar-besaran itu tidak sewajarnya diteruskan pada masa hadapan, sebaliknya pengambilan perlu dilakukan secara berperingkat mengikut kekosongan semasa.
Katanya, langkah berkenaan lebih wajar kerana ia mampu mengatasi masalah semasa dan bukannya dikumpulkan untuk diselesaikan dalam satu tempoh sahaja.
Selain itu, Adnan juga meminta KPM menyelesaikan masalah permohonan pertukaran guru sedia ada ketika ini sebelum memberi penempatan kepada guru baharu.
"Selesaikan dahulu permohonan guru-guru lama yang memohon untuk bertukar terutama kepada pasangan jarak jauh, mempunyai ibu bapa yang uzur atau menghadapi masalah kesihatan yang serius.
Cuepacs juga berharap guru muda yang bakal diambil kelak menggunakan peluang sebaiknya bagi mendidik anak bangsa, sekali gus memberikan contoh yang baik kepada pelajar dan masyarakat agar profesion perguruan disanjung dan dipandang tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021

ADNAN: Cuepacs juga tidak mahu pengambilan secara besar-besaran itu hanya mampu menyelesaikan isu kekurangan guru semata-mata tetapi tidak memberi impak yang diharapkan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: SPRM sedia beri justifikasi | Agihan subsidi perlu pendekatan baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Keputusan rayuan Isa Samad pada 31 Januari 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Januari tahun depan, untuk menyampaikan keputusan dalam rayuan yang dikemukakan oleh bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.
Fahamkan rakyat tentang IDN dan e-invois - YB Arau
"Kita minta supaya kerajaan terang kepada rakyat, banyak yang tak faham, beri faham dahulu baru kita laksanakan," kata YB Arau.
"Sistem e-invois akan diperkenalkan pada 1 Januari 2024, sempatkah rakyat Malaysia difahamkan dan buat persediaan?" tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"Sistem e-invois akan diperkenalkan pada 1 Januari 2024, sempatkah rakyat Malaysia difahamkan dan buat persediaan?" tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat

Agong, Putera Albert II lawat pusat konservasi Harimau Malaya, gajah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Monaco Putera Albert II berkenan melawat dua pusat konservasi haiwan yang terletak di Lanchang.

Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli
Budaya peniaga yang menjual produk merokok, seperti rokok elektronik atau vape kepada pembeli tanpa mengira umur, menyukarkan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan pembelian.
SPRM sedia kemuka justifikasi isu akaun Aman Palestin
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk mengemukakan justifikasi kepada mahkamah berikutan isu pembekuan aset Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aman Palestin.

Indeks perdagangan luar negara naik sedikit pada Oktober - Jabatan Perangkaan
Harga eksport Malaysia pada Oktober 2023 meningkat 1.2 kepada 146.4 mata peratus daripada 144.6 mata pada bulan sebelumnya.

Penganjur konsert di Kelantan gagal patuhi peraturan, akan didenda
Kerajaan Kelantan akan mengenakan denda melebihi RM10,000 berikutan pelanggaran syarat oleh pihak penganjur konsert sempena Pesta Loy Kratong di Bachok, Jumaat lepas.
Kerajaan tidak boleh nafi peluang bangunkan Pantai Timur - YB Tumpat
"Tun Daim pernah berhujah, kalau kita sudah nampak tanda-tanda Thailand membangunkan selatan Thailand, maka Kerajaan tidak boleh menafikan peluang membangunkan Pantai Timur dengan pelabuhan-pelabuhan yang sama," jelas YB Tumpat.
"Jika Johor boleh dapat 'special economic zone' kenapa di Pantai Timur kita tidak boleh buat perkara yang sama untuk meningkatkan kadar cukai dalam menyumbang kepada KDNK negara," tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"Jika Johor boleh dapat 'special economic zone' kenapa di Pantai Timur kita tidak boleh buat perkara yang sama untuk meningkatkan kadar cukai dalam menyumbang kepada KDNK negara," tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat

Aktivis, Ahli Kongres, pelakon AS lancar mogok lapar gesa gencatan senjata di Gaza kekal
Sekumpulan ahli kongres, aktivis dan pelakon di Amerika Syarikat (AS) melancarkan mogok lapar lima hari pada Isnin.

KPM digesa siasat larangan nyanyian lagu tradisi Tamil - Saravanan
KPM digesa untuk menyiasat dakwaan mengenai larangan nyanyian lagu tradisi bahasa Tamil sewaktu penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Pulau Pinang, baru-baru ini.

'Cari jalan tengah untuk pastikan sistem pendidikan negara terus berkembang'
Ramai yang berpendapat pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menyebabkan berlaku keciciran dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

KPM tidak pernah halang nyanyian lagu tradisi - JPNPP
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah menghalang nyanyian lagu tradisi dalam pelaksanaan acara bahasa, seni dan kebudayaan, menurut Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

Lebih 9,000 guru baharu mula berkhidmat tahun depan
Lebih 9,000 guru baharu akan memulakan perkhidmatan di sekolah seluruh negara bagi sesi persekolahan Januari 2024, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.

GHEF2023: Rapatkan jurang akses pendidikan tinggi
Pandemik COVID-19 telah melebarkan jurang akses untuk pendidikan tinggi. Sebagai usaha untuk mencari solusi dan mendapatkan sumbang saran 8th Global Higher Education Forum (GHEF) 2023 telah dilaksana.

Kemudahan di SK Ulu Ansuan ditambah baik - KPM
Kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan di Telupid, Sabah akan ditambah baik demi kesejahteraan seluruh warga sekolah berkenaan.

Kementerian tambah warden 63 peratus atasi kes buli- Fadhlina
Kementerian Pendidikan telah menambah bilangan warden sebanyak 63 peratus bermula 1 Ogos 2022 sebagai langkah pencegahan kes buli.

KPM beri jaminan setiap aduan buli akan disiasat
Setiap aduan itu akan disiasat mengikut prosedur satu hari aduan, tiga hari siasatan dan tujuh hari penyelesaian.

KPM minta sama-sama jaga tandas yang diselenggara
Kementerian Pendidikan (KPM) menyeru semua pihak di sekolah termasuk guru dan murid agar bersama-sama menjaga kebersihan tandas.

MOBIM bantu guru laksana kurikulum lebih berkesan - KPM
MOBIM yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membantu guru untuk menyampaikan kandungan pengajaran dalam tempoh masa yang diperuntukkan dengan berkesan.