NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, yang maut akibat dilanggar kereta berhampiran sekolah, semalam.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata pihaknya amat bersimpati dengan kejadian menimpa pelajar berkenaan dan berharap siasatan segera dapat dilakukan oleh pihak polis terhadap kes itu.
"Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Tragedi ini agak menyayat hati dan dalam konteks KPM kita menawarkan khidmat dari segi kaunseling khususnya kepada keluarga.
"Selain itu, kaunseling juga akan diberikan kepada (pelajar) yang terlibat kerana yang lihat kejadian itu juga adalah anak-anak kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rintis STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) dan Makmal STEAM di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yok Eng Sungai Udang di sini hari ini.
Media semalam melaporkan, Muhammad Zaharif Affendi yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) muat selepas dilanggar sebuah kereta disyaki dipandu seorang pegawai kanan polis dalam kejadian pada kira-kira 12.30 tengah hari.
Susulan itu, pegawai kanan berusia 44 tahun tersebut ditahan dan direman hari ini bagi membantu siasatan.
Polis memaklumkan siasatan akan dilakukan dari pelbagai sudut termasuk yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023
Fadhlina berkata pihaknya amat bersimpati dengan kejadian menimpa pelajar berkenaan dan berharap siasatan segera dapat dilakukan oleh pihak polis terhadap kes itu.- Gambar fail/Bernama
Pemasangan 'feeder pillar' baharu di Jalan Kepong-Kuala Selangor bermula Jun ini
Pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam.
Ditembak lima kali, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
KPM tawar kaunseling kepada keluarga pelajar maut dilanggar kereta - Fadhlina
KPM akan menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga pelajar tingkatan lima SMK Jati di Meru, Ipoh, yang maut akibat dilanggar kereta.