awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM tunggu laporan insiden pergaduhan di sekolah

Bernama
Bernama
07/04/2022
22:10 MYT
KPM tunggu laporan insiden pergaduhan di sekolah
Mah berharap unsur dan elemen keharmonian lebih giat dipromosikan bagi membina jati murid. - Foto BERNAMA
IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menunggu laporan terperinci mengenai pergaduhan membabitkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Sepang, Selangor yang videonya tular di media sosial, sejak Rabu.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon berkata ia bagi membolehkan pihaknya membuat penelitian terlebih dahulu sebelum mengenakan tindakan sewajarnya.
"Kami belum terima laporan terperinci dan siasatan lanjut perlu dibuat untuk mendapatkan maklumat lengkap sebelum tindakan diambil," katanya selepas melancarkan program Accelerated School Leaders Initiative (ASLI) di sini pada Khamis.
Dilaporkan, insiden pergaduhan itu dikesan berlaku 10.30 pagi membabitkan dua kumpulan pelajar sekolah berkenaan dipercayai berpunca daripada ejek-mengejek.
Mah berharap unsur dan elemen keharmonian lebih giat dipromosikan bagi membina jati murid selain mengelakkan berulangnya kes buli serta gaduh di mana-mana sekolah.
Sementara itu, ditanya mengenai tular isu kantin tidak dibuka sepanjang bulan Ramadan bagi melatih murid-murid berpuasa dan menghormati orang yang berpuasa, Dr Mah berkata beliau telah menghubungi Ketua Pengarah Pendidikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid bagi tindakan lanjut.
"Bagi saya kita menghormati murid yang menunaikan ibadah puasa dalam masa sama tidak menghalang murid beragama lain untuk membeli dan mendapatkan makanan di kantin.
"Ketika ditanya kepada ibu bapa murid bukan Islam, tidak ramai pun murid bukan beragama Islam dan mereka bersetuju untuk bawa bekalan makanan dari rumah namun selepas mendapat laporan daripada pihak lain, maka pihak sekolah tidak menghalang kantin untuk beroperasi di bulan ini," katanya.
Baru-baru ini, tular di media sosial berkaitan sebuah mesej di aplikasi WhatsApp yang diterima apabila pihak sebuah sekolah menjelaskan kantin tidak dibuka sepanjang bulan Ramadan disalah tafsir sehingga mengundang spekulasi selain disifatkan sebagai rasis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#pergaduhan pelajar
#ejek-mengejek
#sekolah menengah di Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan