KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menunggu laporan lengkap berhubung insiden kebakaran bilik guru dan pejabat pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin, Sarawak.
Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, tindakan susulan akan diambil segera KPM berhubung perkara ini.
"Susulan kebakaran di SMK Balai Ringin, Sarawak awal pagi tadi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"KPM sedang menunggu laporan lengkap kejadian dan tindakan segera bakal dilaksana terhadap kerosakan yang berlaku," katanya dalam catatan di Facebook pada Sabtu.
BACA: Blok bilik guru SMK Balai Ringin terbakar
Dalam kejadian sekitar pukul 3 pagi itu satu letupan kuat mengejutkan pengawal SMK Balai Ringin di sini pada Sabtu sebelum menyedari blok bilik guru sekolah terbakar.
Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawk, Tiong Ling Hii ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.04 pagi dan segera mengatur gerak dua jentera dan 15 anggota daripada Balai Serian dan Siburan.
Punca kebakaran kata Ling Hii, masih lagi dalam siasatan tetapi insiden tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Astro Awani
Sat Jan 08 2022

Dalam kejadian sekitar pukul 3 pagi itu satu letupan kuat mengejutkan pengawal SMK Balai Ringin di sini pada Sabtu sebelum menyedari blok bilik guru sekolah terbakar. - Ihsan JBPM Sarawak

Dua beranak ditemukan mati dalam rumah
Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, pagi tadi.

WHA | Malaysia sebagai Naib Presiden Perhimpunan
Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara rasmi pada Ahad.

10 Berita Pilihan - (22 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Australia Memilih | Bekas koperal polis dari Johor menang di Tangney
Berasal dari Johor, bekas anggota Polis Diraja Malaysia, Sam Lim menang di kerusi Parlimen Tangney, di Perth, Australia dalam pilihan raya pada Sabtu. Kemenangan mengejut itu menyaksikan calon Parti Buruh itu berjaya mengatasi Ben Morton, calon Parti Liberal dan sahabat rapat kepada bekas Perdana Menteri Scott Morrison.

Menuju Fasa Endemik | Yayasan AIDS Malaysia komited tingkat usaha perangi HIV
Yayasan AIDS Malaysia (MAF) komited dalam usaha menangani peningkatan kes penyakit HIV dan AIDS selepas negara beralih ke fasa endemik. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, sebelum ini pihaknya mengalami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan memberi laluan kepada mereka yang terlibat untuk membantu memerangi pandemik COVID-19.

Pembelian Aset | Tiada tempat untuk rasuah, ketirisan, pembaziran
Kementerian Pertahanan memberikan sepenuhnya kuasa kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menentukan hal-hal berkaitan pembelian aset baharu mereka pada masa depan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan, pembaziran atau aktiviti rasuah dalam membekalkan sumber kewangan kepada ketiga-tiga agensi berkenaan.

Mikromobiliti | Garis panduan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan
Garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan tidak lama lagi. Demikian jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung isu penggunaan kenderaan itu yang sering diperdebatkan pelbagai pihak.

Pemilihan PKR Sabah, Sarawak, Perak berlangsung lancar, terkawal
Pemilihan PKR 2022 peringkat negeri secara fizikal di Sabah, Sarawak dan Perak berakhir hari ini, dengan keseluruhannya berlangsung dalam keadaan terkawal.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mei 2022.

Khairy Jamaluddin dilantik Naib Presiden WHA ke-75
Khairy Jamaluddin secara rasmi dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 pada Ahad.

Anggota bomba selamatkan wanita cuba terjun jambatan terima penghargaan khas
Anggota terbabit menerima penghargaan khas sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022 hari ini.

Kerajaan lulus peruntukan pembangunan RM132.4 juta kepada JBPM - PM
Kerajaan telah meluluskan peruntukan pembangunan RM132.4 juta kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Penumpang cedera, kereta bertembung bas ekspres
Pemandu kereta selamat manakala penumpang di sebelahnya mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Lipis untuk menerima rawatan.

Lagi serangan buaya di Telaga Air, kanak-kanak hilang disambar ke dasar sungai
Seekor buaya menyambar kanak-kanak berkenaan yang sedang duduk bersama-sama nenek dan kakaknya di tebing sungai dan mengheretnya ke dasar sungai.

Tiga pekerja binaan melecur kotak suis terbakar
Kebakaran melibatkan tiga orang mangsa lelaki dewasa dengan mengalami 80 peratus, 30 peratus dan sembilan peratus tahap kemelecuran di bahagian badan.

Pemandu lori maut dihempap pokok tumbang
Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dinaikinya dihempap pokok tumbang ketika melalui Jalan Sri Wangi 1/5, Kawasan Perindustrian Desa Plentong di sini hari ini.

Pasangan suami isteri mandi pantai sebelum Subuh hilang, dikhuatiri lemas
Pasangan yang berasal dari Temerloh, Pahang itu dikatakan turun ke pantai berkenaan kira-kira jam 4 pagi untuk mandi.

Bomba terpaksa alih perhatian buaya lepaskan mayat mangsa
Seorang lelaki maut selepas separuh badannya dibaham buaya dalam satu kejadian di Ladang Lamag, dekat Sungai Pin, di sini, pada Khamis.

Dua pelatih Puspen Raub ditemui lemas dalam tasik
Dua pelatih lelaki Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jalan Gesing-Kampung Kundang Patah di sini, lemas ketika mandi di tasik dalam kawasan pusat berkenaan, pada Khamis.

Guru, murid SK Orang Kaya Muda Pakeri cemas asrama terbakar
Kebakaran melibatkan satu blok asrama yang menempatkan dua asrama lelaki dan dua asrama perempuan.