awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM umum garis panduan keselamatan dan larangan telefon pintar tidak lama lagi

Bernama
Bernama
17/10/2025
14:26 MYT
KPM umum garis panduan keselamatan dan larangan telefon pintar tidak lama lagi
Menurut KPM, semua institusi pendidikan di bawah seliaannya turut digesa memperkukuh peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat bagi memastikan aspek keselamatan dapat ditingkatkan secara menyeluruh. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti dan menetapkan garis panduan khusus susulan cadangan pelaksanaan langkah segera bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua institusi pendidikan, termasuk cadangan larangan penggunaan telefon pintar di sekolah bagi murid berusia bawah 16 tahun.

Ringkasan AI
  • KPM akan mengeluarkan garis panduan keselamatan sekolah termasuk cadangan larangan telefon pintar bagi murid bawah 16 tahun.
  • KPM menyokong ketetapan kerajaan menghadkan penggunaan media sosial kepada 16 tahun ke atas bagi lindungi kanak-kanak daripada ancaman siber.
  • Pemantauan keselamatan sekolah akan diperkukuh melalui kerjasama polis, PIBG dan komuniti setempat.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan garis panduan berkenaan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
"KPM menyambut baik keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang menggariskan langkah segera bagi menangani isu keselamatan di institusi pendidikan, termasuk usaha meningkatkan pemantauan pihak polis di semua institusi berkenaan.
"Pada masa sama, KPM turut menyokong hasrat kerajaan menetapkan had umur 16 tahun bagi penggunaan media sosial bagi melindungi kanak-kanak dan remaja daripada ancaman siber, dengan mekanisme pelaksanaannya akan diperincikan oleh Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)," katanya.
Menurut KPM, semua institusi pendidikan di bawah seliaannya turut digesa memperkukuh peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat bagi memastikan aspek keselamatan dapat ditingkatkan secara menyeluruh.
Kerjasama rentas kementerian dan agensi berkaitan itu juga mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh aspek keselamatan di semua institusi pendidikan di bawah KPM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan KPM
#garis panduan
#telefon pintar
#bawah 16 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan