awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN cadang tubuh Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan

Bernama
Bernama
14/11/2024
15:00 MYT
KPN cadang tubuh Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan
Aaron berkata ia bakal ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Harmoni MADANI yang dipengerusikan beliau serta Datuk Mohd Na'im Mokhtar. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan pada tahun depan bagi menangani sebarang permasalahan perpaduan termasuk berkaitan isu raja, agama dan kaum (3R), kata Menteri berkenaan Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata cadangan penubuhan jawatankuasa itu adalah sebahagian usaha KPN untuk memperhebat inisiatif Harmoni MADANI iaitu program bagi meningkatkan kefahaman rakyat Malaysia mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam di negara ini.
Aaron berkata ia bakal ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Harmoni MADANI yang dipengerusikan beliau serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Dalam pada itu, beliau berkata Jawatankuasa Harmoni MADANI telah menyenaraikan pelbagai program untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat antaranya Dialog MADANI dan penganjuran majlis sambutan Minggu Keharmonian Sedunia yang disambut minggu kedua Februari setiap tahun.
"Kita juga mengadakan siar pod (podcast) harmoni, iklan perayaan serta dokumentari kisah perpaduan," katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa bagi KPN di Dewan Rakyat hari ini.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan RUU Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu melibatkan peruntukan RM711.34 juta selepas ia mendapat lebih suara bersetuju.
Terdahulu, 16 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan di peringkat jawatankuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kementerian perpaduan negara
#Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan
#isu 3R
#Aaron Ago Dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan