awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN: Joshua Wong tidak dialukan di negara ini

Tan Su Lin
Tan Su Lin
27/05/2015
10:56 MYT
KPN: Joshua Wong tidak dialukan di negara ini
KPN: Joshua Wong tidak dialukan di negara ini - Gambar fail
Mana-mana rakyat negara luar yang cuba datang ke Malaysia dengan tujuan membangkitkan rasa runsing dan gusar seperti menghasut rakyat negara ini membuat demonstrasi akan dihalau keluar, demikian amaran Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang penghantaran balik aktivis pelajar dari Hong Kong, Joshua Wong Chi Fung pada Selasa, sambil menyifatkan kedatangan aktivis pelajar berusia 18 tahun ke negara ini tidak dialu-alukan.
"Kita tidak akan menerima orang tidak diingini masuk ke negara ini. Kita tahu Joshua Wong banyak menganjurkan demonstrasi haram di Hong Kong dan tempat-tempat lain dan kita tahu dia aktif dalam memberi ceramah menentang negara lain seperti negara China."
"Jadi kita tidak mahu orang macam ini datang ke negara kita dan mengganggu ketenteraman awam di negara kita. Orang macam ini tak payah datang," kata Khalid.
BACA: Joshua Wong dihalang masuk ke Malaysia
Amaran itu turut dilanjutkan kepada mana-mana individu yang ingin memasuki negara dengan tujuan yang sama.
"Saya beri amaran kepada mereka daripada negara luar juga. Jangan cuba untuk membangkitkan rasa runsing dan kegusaran rakyat kita seperti menghasut rakyat negara kita untuk buat demonstrasi."
"Orang begini elok kita halau daripada negara kita. Kita tidak perlukan orang macam ini berada di negara kita." kata Khalid.
BACA: Isu Joshua Wong: 'Takkan seorang pelajar boleh jejas hubungan Malaysia-China'
Wong yang tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang pagi Selasa tersenarai sebagai orang yang dilarang masuk ke negara ini oleh Jabatan Imigresen.
Aktivis pelajar berusia 18 tahun itu dijadual menghadiri forum 'The Uprising of Youth and New Social Activism in Singapore and Hong Kong' di bangunan Komtar, Pulau Pinang pada Selasa selain dijadual menghadiri beberapa lagi forum di Ipoh, Johor Baharu dan Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#Joshua Wong
#Khalid
#KPN
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan