awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Bonnie terus unggul rangkul emas Piala Dunia 2025
SUKAN
Memanah Piala Asia: Ketenangan bantu trio compound wanita rangkul emas
MALAYSIA
Kepemimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN diiktiraf negara serantau - Abang Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

KPN Mohd Khalid bukan ahli parti politik - PDRM

Bernama
Bernama
22/06/2025
11:45 MYT
KPN Mohd Khalid bukan ahli parti politik - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail tidak pernah menjadi ahli mahupun memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail tidak pernah menjadi ahli mahupun memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.
Setiausaha PDRM Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata pihaknya memandang serius kesalahan laporan yang diterbitkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini yang mengaitkan Mohd Khalid dengan sebuah parti politik.
"Kenyataan tersebut adalah tidak benar, mengelirukan dan mencetuskan persepsi yang salah sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti pasukan keselamatan negara.
"PDRM juga menegur keras kecuaian media berkenaan dalam menerbitkan maklumat yang tidak disemak secara teliti dan telah mencalarkan reputasi pasukan serta individu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata etika kewartawanan seharusnya menuntut setiap laporan yang dikeluarkan perlu mendapat pengesahan fakta, proses semakan silang dan memiliki integriti dalam penulisan.
Kamaruzaman turut menegaskan pasukan itu berdiri atas asas neutraliti, integriti dan profesionalisme justeru PDRM tidak akan membiarkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pasukan berkenaan.
"PDRM kekal komited melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan memelihara ketenteraman awam," katanya.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#sahkan
#Ketua Polis Negara
#Mohd Khalid Ismail
#bukan ahli parti politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami