Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan dakwaan mereka berhibur, berjudi dan menyalah guna dana ketika lawatan di Turki baru-baru ini.
Menurutnya, lawatan itu ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Totalisator Malaysia (LPM).
"Lawatan seperti ini bukanlah pertama kali dibuat dan sudah lebih lima kali pernah dijalankan.
"Kami juga mengikut proses yang telah ditetapkan iaitu membuat permohonan kepada agensi pengawal kita iaitu berkaitan antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Banyak perkara yang disebut dalam dakwaan ditularkan itu tidak benar sama sekali terutama dakwaan kami berhibur, berjudi, bermewah dan menyalahgunakan dana," katanya dalam sidang media sempena Majlis Penyerahan Buku Panduan Siasatan Jenayah melibatkan Agen Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJ) Sabah Sarawak, di sebuah hotel di Sandakan, pada Khamis.
Turut hadir , Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd; Timbalan Pengarah JSJ (Risikan / Operasi) Datuk Huzir Mohamaed dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah.
Menurut Mohamad Fuzi, ia adalah lawatan kerja rasmi.
"Pasukan kami ke sana untuk mendapatkan maklumat, berbincang serta belajar mengenai isu Islamic State (IS), menangani jenayah perjudian, pemerdagangan manusia dan jenayah rentas sepadan.
"Selepas ini kita juga akan buat laporan lengkap kepada KDN apakah dapatan hasil lawatan berkenaan.
"Saya tidak tahu bagaimana isu ini tiba-tiba timbul dan dikaitkan dengan sebuah syarikat nombor ramalan yang tiba-tiba muncul," katanya.
Radhi Muslim
Thu Feb 21 2019

FUZI: Banyak perkara yang disebut dalam dakwaan ditularkan itu tidak benar sama sekali.

COVID-19: Paula Abdul kembali di kerusi juri 'American Idol', kerana ...
Juri American Idol Luke Bryan dilaporkan positif COVID-19, menyebabkannya dia terpaksa digugurkan dari episode pertama program nyanyian realiti terbitan rangkaian televisyen ABC itu.

10 sekolah terjejas akibat ribut akan segera diselenggara
Penyelenggaraan tersebut perlu disegerakan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung tidak terjejas.

Ramadan 2021: Negara mana yang berpuasa paling lama dan singkat tahun ini?
Bagi umat Islam di Malaysia, jangkaan puasa selama 13 jam akan disambut dengan kebanyakan kawasan dijangka menerima hujan.

Bank Negara tambah 2 syarikat baharu dalam senarai amaran perniagaan perkhidmatan wang
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemaskinikan dan menambah dua syarikat baharu dalam Senarai Amaran Perniagaan Perkhidmatan Wang (MSB).

Politik identiti asas teras atau halangan kepada perpaduan nasional?
Politik identiti perlu menghormati dan mematuhi batasan yang sedia ada dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan ideologi nasional.

COVID-19 | Sarawak catat jangkitan COVID-19 tertinggi
Kita bersama Dr Helmy Hazmi, Pakar Perubatan Kesihatan Awam UNIMAS bagi perinciannya.

2,500 peniaga bazar Ramadan di Kelantan bakal terima sagu hati
Sebanyak RM1.5 juta diperuntukan oleh kerajaan negeri untuk diagihkan kepada 2,500 peniaga yang terjejas akibat pembatalan operasi bazar Ramadan.

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat perlu pendekatan holistik
Cabaran ekonomi ketika ini menuntut supaya para graduan serta mereka yang menganggur mempunyai kemahiran yang diperlukan pasaran.

Nasi kuning jejaka kacak persis pelakon terkenal Korea 'Lee Min Ho' laris
Selain perniagaan yang semakin laris, Dobby turut mengakui terdapat wanita yang mengajaknya keluar, namun dia menolak dengan baik.

14 pendaki sesat di dalam Gua Kelam Tiga sejak Isnin
Empat belas pendaki dari dua buah kelab rekreasi tempatan terperangkap lebih 20 jam di Gua Kelam Tiga di sini sejak petang semalam.

39 individu ditahan terlibat perjudian dalam talian
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.

31 ditahan leka judi sabung ayam
Polis menahan 31 individu termasuk sembilan wanita dan warga emas ditahan ketika leka berjudi sabung ayam.

Mahkamah tolak permohonan suspek Macau Scam bebas tahanan POCA
Enam lelaki warga China itu ditahan dalam operasi khas polis berkaitan sindiket perjudian dalam talian pada Oktober tahun lepas.

Sembilan termasuk enam warga emas ditahan berjudi di kedai kopi
Ketika serbuan pukul 2 petang itu, tujuh lelaki dan dua wanita yang kesemuanya berusia 44 hingga 70 tahun sedang berjudi di situ.

14 lelaki diberkas ketika leka judi sabung ayam
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata, polis turut merampas wang tunai lebih RM25,000 di samping lima ekor ayam sabung.

Judi: Polis Sabah rampas lebih RM100,000, tangkap 93 orang
Sebanyak 12 serbuan telah dijalankan di bawah Op Limau, sempena Sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

25 individu ingkar PKP, main judi dalam kebun kelapa sawit
Kesemua mereka terdiri dari 24 lelaki tempatan termasuk penganjur perjudian berusia antara 28 hingga 58 tahun manakala seorang lagi warga Sri Langka dan memiliki kad pelarian UNHCR.

20 individu termasuk warga asing ditahan disyaki terlibat kegiatan judi dalam talian
Kesemua suspek berusia 48 hingga 62 tahun itu terdiri daripada 11 warga tempatan serta sembilan warga Myanmar dan Bangladesh.

12 premis judi di Ampang Jaya dipotong bekalan elektrik
Sebanyak 12 premis yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian di Ampang Jaya dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh TNB.

Empat warga asing terlibat judi dalam talian ditahan
Serbuan pertama membabitkan penahanan dua lelaki warga China berusia 30 dan 34 tahun.