PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) hari ini menafikan telah menyiarkan iklan menawarkan peluang mengisi ratusan kekosongan jawatan guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) seperti yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.
KPN memaklumkan iklan yang disiarkan dalam status Facebook bertajuk Semakan Dan Permohonan Online itu menggunakan logo Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan gambar Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.
"Meskipun agensi Kemas bukan di bawah KPN, gambar wajah dan nama Menteri Perpaduan Negara dijadikan sebagai hiasan utama poster bagi memberi nilai komersial kepada iklan tersebut," menurut KPN dalam kenyataan hari ini.
KPN memaklumkan iklan itu mencetuskan tanda tanya kerana mencatatkan syarat kelayakan mengisi kekosongan jawatan tersebut terlalu rendah iaitu sekadar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Menurut KPN, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) memaklumkan iklan khas mereka yang sebenarnya telah disiarkan pada 11 Okt lepas bagi mengisi enam kekosongan jawatan Guru Tabika Perpaduan Gred S29.
Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan syarat kelayakan utama bagi pengambilan Guru Tabika Perpaduan JPNIN.
Turut dimaklumkan dalam iklan tersebut ialah peluang mengisi jawatan Pembantu Operasi (Penolong Guru) Gred N11 yang menawarkan empat kekosongan.
Menurut KPN, dalam siaran iklan melalui Facebook @Rakan Perpaduan Pahang itu dengan jelas dinyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi iaitu calon lepasan Diploma dalam bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Institusi Pendidikan Tinggi tempatan.
"Iklan ratusan kekosongan jawatan guru Tabika itu tular sejak Jumaat lepas dan poster mengelirukan tersebut telah mencatat hampir 1,000 perkongsian menerusi laman sosial," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021
Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan syarat kelayakan utama bagi pengambilan Guru Tabika Perpaduan JPNIN. - Facebook Kementerian Perpaduan Negara
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Permohonan jawatan ketua jurulatih Speedy Tigers dibuka Selasa
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sedang mencari ketua jurulatih baharu untuk pasukan lelaki selepas kontrak A. Arulselvaraj tamat berikutan kemelut kelayakan ke Sukan Olimpik 2024.
Rombakan Kabinet mungkin berlaku dalam masa terdekat - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku dalam masa terdekat.
Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.
Purata 15,000 kekosongan jawatan secara tetap perlu diisi setiap tahun - SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menganggarkan purata sebanyak 15,000 kekosongan jawatan tetap yang perlu diisi, setiap tahun.
Kekosongan jawatan diiklankan dalam talian meningkat 3.5 peratus pada suku pertama 2023
Sejumlah 211,509 kekosongan jawatan direkodkan pada suku tahun pertama tahun ini berbanding 204,420 kekosongan pada suku keempat 2022.
9,152 calon dipanggil temu duga untuk isi 4,914 jawatan tetap di KKM - SPA
SPA telah mengemukakan senarai nama calon yang hadir temu duga kepada Kementerian Kesihatan pada 31 Mac 2023 untuk semakan terperinci.
Lebih 700 kekosongan jawatan dalam APMM perlu diisi
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memerlukan lebih 700 anggota baharu, bagi mengisi kekosongan jawatan bagi memantapkan perkhidmatan dalam menjaga keselamatan perairan negara.
KKM tawar 4,914 jawatan tetap mulai hari ini - Dr Zaliha
Ia merangkumi 4,263 jawatan bagi pegawai perubatan, pegawai pergigian (335) dan pegawai farmasi (316).
50 peratus kekosongan jawatan Hospital Pengajar UniSZA diisi
Bakinya akan diisi dalam masa terdekat selepas beberapa siri iklan pengambilan kakitangan dilakukan seperti yang diluluskan JPA.
KPN nafi siarkan iklan tawar ratusan kekosongan jawatan guru tabika
Iklan itu mencetuskan tanda tanya kerana mencatatkan syarat kelayakan mengisi kekosongan jawatan tersebut terlalu rendah.