awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN Razarudin minta Ketua Polis Daerah pantau pegawai, anggota polis 'hidup mewah'

Bernama
Bernama
02/02/2024
07:37 MYT
KPN Razarudin minta Ketua Polis Daerah pantau pegawai, anggota polis 'hidup mewah'
RAZARUDIN: Pihak KPD yang tidak tahu, atau buat-buat tak tahu ada pegawai atau anggota polis hidup mewah tidak setara dengan jawatan dan gaji, maka mereka diminta keluar (meninggalkan perkhidmatan polis). -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Semua Ketua Polis Daerah (KPD) diminta memantau setiap aktiviti pegawai dan anggota polis di peringkat bawah serta pentadbiran masing-masing, jika ada antara mereka yang hidup mewah tidak setara dengan jawatan dan gaji, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata KPD akan dipertanggungjawabkan sekiranya pihak Ibu pejabat polis Bukit Aman mengesan ada pegawai atau anggota di bawah mereka yang hidup mewah, tidak setara dengan pendapatan.
"Pihak KPD yang tidak tahu, atau buat-buat tak tahu ada pegawai atau anggota polis hidup mewah tidak setara dengan jawatan dan gaji, maka mereka diminta keluar (meninggalkan perkhidmatan polis).
"Mereka ini tidak layak menjadi KPD, tidak ada standard menjadi commanding post jika mereka terlibat dan bersekongkol dengan pegawai atau anggota polis yang hidup mewah (terima rasuah dan lain-lain)," katanya.
Beliau berkata demikian semasa memberikan Amanat Ketua Polis Negara sempena perjumpaan khas bersama kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ketua Polis Daerah Semenanjung Malaysia di Maktab PDRM Cheras, di sini, malam tadi.
Razarudin mengaku bahawa penyelia memainkan peranan penting dalam memantau setiap aktiviti pegawai dan anggota bawahan bagi mengelak salah laku.
"Janganlah KPD duduk di kerusi empuk dan menunggu Ketua Bahagian Jenayah hantar duit dan lain-lain, saya minta mereka yang terlibat berambus," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Razarudin Husain
#Ketua Polis Negara
#Ketua Polis Daerah
#hidup mewah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan