awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
AS haramkan import dron, komponen buatan luar negara
Kecemerlangan Tang Jie-Ee Wei rangkul gelaran dunia warnai kalendar sukan negara 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN sasar wujud 116 KRT progresif jana ekonomi komuniti

Bernama
Bernama
04/02/2024
20:30 MYT
KPN sasar wujud 116 KRT progresif jana ekonomi komuniti
Aaron (dua, kiri) merasmikan Kompleks Perpaduan Jajahan Machang, di Machang, semalam. --fotoBERNAMA
MACHANG: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyasarkan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 116 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Progresif bagi menjana ekonomi komuniti di seluruh negara bermula April ini.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata KRT Progresif ialah inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga (RT) bertujuan mewujudkan penggerak komuniti yang mampu menjadi suri teladan kepada KRT lain dan akan dijalankan secara berfasa.
"Di seluruh negara terdapat 8,438 KRT, namun KPN akan memilih 116 KRT Progresif di setiap daerah yang mempunyai potensi dari segi ekonomi.
"Usaha ini adalah bertujuan merancakkan ekonomi dalam usaha memperkasakan KRT Progresif bertepatan dengan aspirasi Rukun Negara untuk membina masyarakat progresif," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Kompleks Perpaduan Jajahan Machang di sini, semalam.
Aaron berkata KPN turut merancang pembinaan kompleks perpaduan di setiap negeri.
"Kompleks Perpaduan Jajahan Machang di Kelantan menjadi kompleks perpaduan pertama di negara ini, manakala di Perlis, pembinaannya mula dilaksanakan pada tahun ini dan dijangka siap pada pertengahan 2027," katanya.
Beliau berkata perkara itu kini dalam peringkat pelaksanaan kertas kerja untuk diperhalusi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kementerian perpaduan negara
#KRT
#Aaron Ago Dagang
#jana ekonomi komuniti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan