KUALA LUMPUR: Dasar pendidikan tinggi sedia ada akan ditambah baik dan diselaraskan semula bagi memastikan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dapat memainkan peranannya sebagai "faktor kritikal" dalam menjayakan kerangka Ekonomi MADANI.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini termasuk memastikan dasar itu memberi tumpuan kepada soal penyediaan bakat, penyelidikan dan inovasi, menggalakkan pemindahan dan perkongsian ilmu oleh universiti kepada masyarakat serta pengantarabangsaan sektor pendidikan.
Katanya dalam aspek penyediaan bakat, menjadi tanggungjawab kementerian untuk melatih dan melahirkan seramai mungkin bakat terbaik untuk negara, sama ada berpendidikan atau berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan pelabur dan masyarakat yang mahukan pekerjaan baik serta gaji lebih tinggi.
"Soal penyelidikan dan inovasi pula, kita harus memastikan bahawa ekonomi adalah berasaskan penyelidikan yang melahirkan pengetahuan dan inovasi. Ini tidak boleh dielakkan dalam usaha kita hendak meletakkan Malaysia dalam kedudukan ekonomi serantau dan global.
"Selain itu, pemindahan dan perkongsian ilmu daripada univerisiti kepada masyarakat juga penting kerana kita dapati banyak ilmu yang boleh diterokai untuk mengupayakan masyarakat bagi mengatasi isu kemiskinan dan sebagainya," katanya.
Mohamed Khaled berkata demikian ketika menjadi tetamu program Naratif Khas Ekonomi MADANI Pendidikan Tinggi yang disiarkan secara langsung di TV1, malam tadi.
Menurut bekas Menteri Besar Johor itu, dalam menjayakan kerangka ekonomi tersebut, hubungan universiti dengan masyarakat tidak boleh lagi berkisar kepada soal libat urus sahaja, sebaliknya harus bersedia bekerjasama dalam mewujudkan program bimbingan yang berterusan, bagi meningkatkan status dan kualiti ekonomi, sosial masyarakat.
Pada masa sama, beliau berkata penekanan harus diberikan kepada soal pengantarabangsaan kerana KPT mahu Malaysia diangkat sebagai hab bakat dan kemahiran bertaraf global yang memberi pulangan kepada ekonomi negara.
"Untuk makluman, kita kini mempunyai 20 universiti awam, 403 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan semua ini menawarkan kepelbagaian program kepada pelajar-pelajar luar negara.
"Oleh itu, kalau lihat rekod sahaja, tahun lepas kita mempunyai seramai 109,000 pelajar antarabangsa dan kalau mengambil kira seorang pelajar itu membelanjakan kira-kira RM45,000 setahun untuk yuran pengajian, makan dan gaya hidup maka ia sebenarnya menyumbang RM9.4 bilion kepada ekonomi negara," katanya.
Ekonomi MADANI, kerangka ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Julai bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia, akan membawa limpahan hasil bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih berkualiti.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pengumuman 'Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat' adalah satu rencana menyeluruh bagi Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dan isu-isu berkaitan daya saing dan tarikan negara sebagai destinasi pelaburan serta menggariskan tindakan bagi menangani isu-isu semasa yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2023
Mohamed Khaled berkata, penekanan harus diberikan kepada soal pengantarabangsaan kerana KPT mahu Malaysia diangkat sebagai hab bakat dan kemahiran bertaraf global yang memberi pulangan kepada ekonomi negara. - Gambar fail/BERNAMA
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Ahli ekonomi saran regularisasi penyertaan pekerja asing di bawah Ekonomi Madani
Malaysia pada masa ini tidak memasukkan pekerja asing tanpa dokumen dalam pendapatan per kapitanya.
Ekonomi Madani: Perkasa sektor ekonomi digital, wujud pasaran lebih luas
Ekonomi digital memainkan peranan penting dalam konteks kerangka Ekonomi Madani dan hala tuju masa depan ekonomi negara yang boleh mewujudkan pasaran lebih luas kepada rakyat Malaysia.
Semak undang-undang: Pasukan petugas khas ditubuhkan - Azalina
Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan.
KPKT garis langkah jamin kesejahteraan rakyat, peniaga selaras Ekonomi Madani
KPKT menyediakan jaminan kerajaan hingga RM5 bilion menerusi penambahbaikan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga 120 peratus.
Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.
Kebebasan media harus diangkat, diperkasa - PM Anwar
Bagi memberikan rakyat berita dan maklumat yang adil dan benar, kebebasan media harus diangkat dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani lonjak ekonomi Malaysia, tingkat kualiti hidup rakyat - PM Anwar
Ekonomi Madani, kerangka ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia.
RM10 juta untuk mudah cara proses pendaftaran taska, galak ibu kembali bekerja - PM Anwar
Usaha tuntas daripada aspek perundangan dan kawal selia serta program sokongan diperlukan bagi menggalakkan para ibu untuk kembali bekerja seterusnya merapatkan jurang jantina dalam pasaran buruh.
Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh, perjuangan Salahuddin pembakar semangat - PM Anwar
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani: Kerajaan tumpu usaha tambah baik SSL, tingkat keterjaminan makanan - PM Anwar
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) serta meningkatkan keterjaminan makanan.