awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT ambil langkah proaktif tangani isu keselamatan pelajar

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
12/06/2025
23:40 MYT
KPT ambil langkah proaktif tangani isu keselamatan pelajar
Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil langkah segera memperketat pemantauan terhadap penggunaan kenderaan awam, khususnya bas sewa khas, yang digunakan oleh pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
TAWAU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil langkah segera memperketat pemantauan terhadap penggunaan kenderaan awam, khususnya bas sewa khas, yang digunakan oleh pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
Langkah ini diambil susulan kemalangan yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, baru-baru ini.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan serta agensi berkaitan untuk memastikan kenderaan yang digunakan pelajar berada dalam keadaan selamat dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
“Kita sedia maklum, kita akan mengambil beberapa langkah ke hadapan bagi memastikan pengurusan serta keadaan kenderaan awam yang digunakan seperti bas dan kereta sewa diberi perhatian serius.
"Ini melibatkan kerjasama dengan pelbagai kementerian, termasuk Kementerian Pengangkutan yang memantau kondisi kenderaan tersebut.
"Kementerian Kerja Raya juga telah turun padang untuk meninjau keadaan laluan utama yang berisiko. Di pihak kami, Kementerian Pendidikan Tinggi akan bersama-sama membantu memastikan perjalanan pelajar berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
"Yang paling penting, kita perlu mengambil pengajaran daripada insiden ini dan terus berusaha memperbaiki apa yang perlu. Kita akan dapatkan pandangan semua pihak bagi memperkukuh langkah keselamatan,” katanya.
Zambry berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Ramah Mesra Pimpinan Zon Enam UMNO Sabah di Pejabat UMNO Kalabakan, di sini, malam tadi.
Sementara itu, beliau menegaskan insiden kemalangan melibatkan pelajar UPSI perlu menjadi pengajaran besar kepada semua pihak, dan KPT akan terus memperkemas dasar keselamatan pelajar dalam setiap aspek, termasuk melibatkan aktiviti luar kampus.
Topic Berkaitan
#kemalangan bas UPSI
#keselamatan pelajar
#Institusi Pengajian Tinggi
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan