Kementerian Pendidikan Tinggi sedang membangunkan sistem pangkalan data yang menyenaraikan nama pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang sah daripada universiti awam.
Timbalan menterinya, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata, ia usaha mengekang ijazah palsu yang diberi pelbagai pihak tidak bertanggungjawab termasuk yang ditawarkan di internet.
"Pangkalan data yang sedang dibangunan kepada sistem sekarang menyenaraikan semua PhD daripada universiti awam. Buat masa ini KPT ada membuat carian secara manual laman sesawang KPT sehingga tahun 2016 dan sistem ini ada merangkumi pemegang PhD, nama PhD, penerima, tajuk tesis, pecahan kategori, bidang penerima dan tahun graduasi," katanya.
Mary berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Setiawangsa (BN) Datuk Ahmad Fauzi Zahari yang ingin tahu langkah dan tindakan diambil kerajaan bagi memastikan kes-kes kelulusan akademik palsu terutama PhD.
Sebelum ini, KPT dalam satu kenyataan memaklumkan akan menubuhkan pejabat pendaftaran bagi semua pemegang PhD di negara ini.
Jelas kenyataan itu, pejabat pendaftaran itu di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi akan secara automatik mendaftar semua lulusan PhD dalam negeri.
Sementara bagi lulusan PhD seberang laut, pengesahan akan didapatkan daripada universiti-universiti berkenaan.
Dalam pada itu jelas Mary, kementeriannya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Polis Diraja dalam kes salah guna gelaran doktor sehingga menyebabkan kerugian ke atas pihak lain.
Beliau juga mahu semua pihak untuk sentiasa menyemak status sijil individu melalui Agensi Kelayakan Malaysia, sekiranya melibatkan institusi di Malaysia.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, penipuan PhD merupakan satu kes umum yang boleh berlaku melibatkan mana-mana universiti dan atas sebab itu pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan bagi mendapat pandangan menyeluruh sebelum garis panduan berkenaan dapat dikeluarkan.
Wan Syamsul Amly
Mon Apr 03 2017
Senarai itu akan membolehkan orang awam menyemak status PhD seseorang individu. - Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
10 tahun menanti, pasangan suami isteri kini bergelar 'Doktor'
Mohd Akhmarudi dan Musliza dari Bachok, Kelantan berjaya menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Pegawai Kementerian Luar digalak ikuti pengajian di peringkat lebih tinggi
Buat masa ini kumpulan pertama terdiri 16 pegawai Kementerian Luar sedang mengikuti Program Pensarjanaan Diplomat.
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
31,503 pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan dibenar mulakan aktiviti akademik
Kerajaan setuju benarkan pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan seperti pengajian Sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (Phd) untuk memulakan aktiviti akademik dengan segera.
Pelajar antarabangsa UMK pilih tidak pulang, manfaat waktu PKP
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan bukan halangan untuk pelajar-pelajar ini meneruskan kehidupan dan menyiapkan tugasan universiti.
UPSI perkenal program bantu pelajar sarjana dan PHD tamatkan pengajian
Program tersebut merupakan pembelajaran sokongan yang dijalankan melalui latihan secara berstruktur.
Universiti Malaya nafi 'Boy Iman' daftar dalam PhD Pentadbiran Perniagaan
UM membuat kenyataan bahawa tiada pendaftaran atas nama Noruliman Rahman atau dikenali sebagai 'Boy Iman' sebagai calon Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (Secara Penyelidikan)
"Doa hampir putus apabila Papa ..." - Perkongsian Norzizi dapat PhD buat netizen sebak
Tahniah Norzizi Zulkifli sudah bergelar Doktor Falsafah. Namun, ada kisah menarik di sebalik kejayaannya.
Garis panduan penyalahgunaan gelaran PhD sedang dirangka - Idris
Garis panduan itu termasuk kemungkinan mentakrifkan perbuatan penyalahgunaan gelaran itu sebagai satu jenayah.
M.Nasir terima ijazah kehormat Doktor Falsafah dari UUM
M.Nasir menerima ijazah kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif.