KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini melancarkan Buku Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan Universiti Awam Tahun 2024 sebagai rujukan kepada universiti awam bagi memperkasakan lagi aspek pengurusan dan penjanaan pendapatan.
Menteri berkenaan Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata garis panduan yang mengemas kini dan menambah baik garis panduan sedia ada yang diguna pakai sejak 2004 itu dibangunkan hasil kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau berkata universiti awam yang mempunyai anak syarikat yang melakukan perniagaan bagi menjana pendapatan kepada universiti, boleh merujuk kepada garis panduan baharu itu.
"Maka, dengan (adanya) panduan ini, ia membolehkan mereka (universiti awam) untuk mengetahui (perihal pelaburan dan pembiayaan yang selaras dengan) peraturan (kerajaan)," katanya pada sidang media selepas Program Suai Tugas Strategik Lembaga Pengarah/Gabenor dan Anak Syarikat Universiti Awam (SOfBoD) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.
Buku yang dilancarkan itu antara lain memperkemas peraturan dan prosedur berkaitan pelaburan dalam instrumen ekuiti, hutang, kewangan lain atau perkongsian dan pengaturan bersama pihak luar, pembiayaan, serta kawalan dan pemantauan selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Perlembagaan Universiti masing-masing.
Mengenai program berkenaan yang dihadiri 300 ahli Lembaga Pengarah Universiti Awam (LPUA) dan 27 anak syarikat universiti awam, Zambry berkata ia menjadi platform terbaik bagi membincangkan isu serta idea baharu bagi memperkasakan pentadbiran universiti awam.
Antara yang hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia Tan Sri Azman Mokhtar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Datuk Seri Abdul Razak Jaafar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir (tiga, kiri) merasmikan Majlis Peluncuran Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam Tahun 2024. - Foto BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
KPT lancar buku garis panduan pelaburan, pembiayaan bagi rujukan universiti awam
KPT melancarkan Buku Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan Universiti Awam Tahun 2024 sebagai rujukan kepada universiti awam bagi memperkasakan lagi aspek pengurusan dan penjanaan pendapatan.
Kerajaan peruntuk RM50 juta bagi pelaksanaan Geran Khas Hasanah 4
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan geran padanan berjumlah RM50 juta kepada Yayasan Hasanah yang diperuntuk melalui Belanjawan 2023 di bawah Geran Khas Hasanah 4.
Perketat SOP: Tiada Istilah tutup ekonomi
Di dalam ekonomi, istilah penutupan ekonomi hanya relevan jika tiada permintaan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah industri atau sektor ekonomi.