awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT pandang serius kes kematian Zulfarhan Osman

Bernama
Bernama
03/06/2017
02:39 MYT
KPT pandang serius kes kematian Zulfarhan Osman
Penuntut berusia 21 tahun itu meninggal dunia di Hospital Serdang pada Khamis malam dipercayai akibat didera. - Foto Facebook / Hishammuddin Hussein
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata ia amat prihatin dan memandang serius insiden yang berlaku ke atas mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Penuntut berusia 21 tahun itu meninggal dunia di Hospital Serdang pada Khamis malam dipercayai akibat didera.
Sehubungan itu, KPT dan UPNM akan bekerjasama dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses siasatan kes itu, menurut kenyataan kementerian.
Ia berkata UPNM telah menyediakan bantuan pengurusan khairat kematian dan pengurusan jenazah serta bantuan logistik bagi membawa jenazah untuk dikebumikan malam tadi di Tanah Perkuburan Kampung Kurnia, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru dengan diiringi mahasiswa UPNM.
"KPT mengucapkan takziah atas pemergian arwah dan semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian dalam bulan yang mulia ini," kata kenyataan itu.
Kematiannya disiasat sebagai kes bunuh dan polis telah menahan reman 36 penuntut UPNM dan Universiti Tenaga Nasional selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#bunuh
#Hospital
#Johor Bahru
#Kementerian Pendidikan
#meninggal dunia
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan