KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mempertimbangkan untuk membuka laluan khas ke politeknik dan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah kementerian itu kepada pelajar aliran agama, para huffaz dan lepasan Maahad Tahfiz al-Quran.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata cadangan itu bakal membuka peluang serta laluan lebih besar untuk pelajar jurusan berkenaan mengikuti pengajian TVET di semua politeknik di bawah KPT.
"Ini bermakna, jika sekarang Program Techno Huffaz hanya dilaksanakan secara khusus dan terhad kepada empat program di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Sultan Azlan Shah, selepas ini pelajar tahfiz, aliran agama dan lepasan maahad akan mempunyai peluang serta laluan yang lebih besar dan pelbagai untuk mengikuti pengajian TVET di semua politeknik di bawah KPT," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) bagi KPT di Dewan Rakyat hari ini.
Mohamed Khaled berkata cadangan itu selari dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dan prinsip serta aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat nilai unggul dalam diri untuk disatukan dengan kemahiran terbaik.
Beliau berkata KPT juga ketika ini sedang merangka pelan transformasi politeknik yang dijangka dilancarkan akhir tahun ini.
Selain itu, Mohamed Khalid berkata terdapat peningkatan sebanyak 20 peratus atau 20,520 kemasukan penuntut ke politeknik bagi program TVET pada tahun ini berbanding 16,962 orang tahun lepas.
Beliau berkata bagi semua program TVET yang diuruskan KPT, sebanyak 79.6 peratus daripada tempat yang tersedia telah diisi dengan jumlah enrolmen semasa mencecah 144,816 pelajar secara keseluruhan.
"Sekalipun jumlah kemasukan ke program TVET di KPT adalah baik, KPT akan terus merancakkan usaha untuk memaksimumkan kemasukan sekali gus memenuhi tempat dan kapasiti yang sedia ada.
"Ia merangkumi syarat serta akses kemasukan yang dipermudahkan serta laluan khas kemasukan kepada golongan rentan," katanya.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. - Foto BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: KPT beri ruang universiti laksana pembelajaran dalam talian
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
KPT hasrat sedia lebih penajaan program sub kepakaran, sabatikal kepada pensyarah UA
KPT kini sedang menyemak semula kemudahan penawaran dan syarat kelayakan baharu untuk program pascakedoktoran dan tidak terhad kepada pensyarah berjawatan tetap sahaja.
Kes buli UPNM: Mindef siasat, kenal pasti pelaku, KPT pandang serius - Zambry
Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pelaku yang didakwa membuli seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Pelajar IPT boleh mohon baucar buku RM100 bermula hari ini
Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) boleh membuat permohonan baucar buku fasa kedua bernilai RM100 bermula hari ini hingga 31 Dis.
Baucar buku fasa kedua pelajar IPT bermula 30 Oktober
Penyaluran baucar akan dilaksana melalui platform digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024.
Deepavali: Sesi PdP dalam talian, hibrid untuk pelajar, pengajar Hindu - KPT
KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu adalah bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali pada Khamis ini.
GISB: KPT akan bertindak selepas dapat laporan penuh - Zambry
KPT akan mempertimbang sebarang keperluan atau tindakan berhubung isu GISB selepas mendapat laporan penuh daripada pasukan khas yang menyiasat kes itu.
KPT gerakkan 878 sukarelawan misi bantuan pascabanjir
KPT menggerakkan misi bantuan pascabanjir melalui Briged Sukarelawan IPT dengan kekuatan 878 sukarelawan terdiri daripada staf dan pelajar.
KPT kerjasama dengan Wisma Putra pantau keselamatan pelajar di Bangladesh
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memantau keselamatan pelajar yang masih berada di Bangladesh menerusi kerjasama dengan Wisma Putra, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.