BATU PAHAT: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyasarkan sekurang-kurangnya 55 peratus pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian dalam program pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) menjelang tahun 2025.
Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, perkara berkenaan adalah seperti yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), yang para graduan selain mempunyai ijazah mereka akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Katanya, usaha pemerkasaan TVET memerlukan paduan tenaga daripada pelbagai pihak, termasuklah pihak kerajaan dan industri mesti bekerjasama rapat.
"KPT sentiasa mengalu-alukan buah fikiran pihak industri dalam mendapatkan pandangan serta idea-idea baharu tentang bagaimana hendak mengukuhkan lagi sektor pendidikan tinggi di negara kita.
"Dalam erti kata lain, hubungan pihak universiti dengan industri dan masyarakat sangat penting bagi memastikan proses menghasilkan graduan yang berkualiti oleh universiti seiring dengan keperluan serta kehendak industri," kata beliau ketika berucap merasmikan Program Pemerkasaan TVET dan kerjasama Strategik UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)-Industri, hari ini.
Jelas Noraini lagi, selain memperkasakan bidang TVET, pihaknya kini juga giat membentuk pemikiran keusahawanan dalam kalangan pelajar IPT dan ia perlu dipupuk serta dibudayakan dalam kalangan rakyat sedari awal persekolahan lagi.
Mengambil contoh negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman, beliau berkata dasar keusahawanan mereka diaplikasikan dalam pelan tindakan inovasi dan strategi industri bermula di peringkat pengajian rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi.
"Optimis dengan perkara ini, KPT telah menetapkan dalam Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025 agar kurikulum keusahawanan di IPT diperkasa, sekali gus akan memberikan penekanan bidang usahawan dalam kalangan pelajar," kata Ahli Parlimen Parit Sulong itu.
Sementara itu, Naib Canselor UTHM Prof Ruzairi Abdul Rahim berkata pihaknya menyasarkan dan memperluaskan kursus pengajian berasaskan TVET bagi semua 46 kursus pengajian yang ditawarkan di universiti berkenaan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
"Sekarang ini kami mempunyai beberapa kursus di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) dan Fakulti Teknikal dan Kejuruteraan (FTK) yang menawarkan kursus pengajian berasaskan TVET, iaitu kami akan perluaskannya lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
Perkara berkenaan adalah seperti yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), yang para graduan selain mempunyai ijazah mereka akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). - Gambar hiasan
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.
KL20 2024: MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
Platform berkenaan dikuasakan oleh AI dan akan berfungsi sebagai platform sehenti yang menghubungkan semua pihak berkepentingan.
Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut ke paras 4.7780/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7785 pada akhir urus niaga semalam.
Dua wanita berstatus isteri kahwin lagi senyap-senyap
Dua wanita berstatus isteri di Indonesia kini menjadi tular, gara-gara berkahwin lain tanpa pengetahuan suami masing-masing.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah, gesa masyarakat antarabangsa kecam pencerobohan Zionis
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Niaga AWANI: KL20: Menjejaki bakat dan pelaburan awal di Asia Tenggara
Menjejaki bakat dan pelaburan awal di Asia Tenggara
Mohd Ridzwan Nordin, Rakan kongsi, Kembara Kapital
Mohd Ridzwan Nordin, Rakan kongsi, Kembara Kapital
[TERKINI] Tiga disahkan maut helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
Larangan pengambilan kerangan dari perairan Port Dickson masih dikuat kuasa
Masih terdapat biotoksin melebihi kadar selamat untuk dimakan dalam sampel ketiga kupang dan air perairan berkenaan.
[KEMAS KINI] 10 maut, dua helikopter TLDM bertembung di Lumut
Seramai 10 mangsa maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini.
Penjual Kerepek capai 80 peratus peningkatan jualan dengan Shopee Live
Kerepek Azharfood terus berkembang maju dalam talian, memiliki lebih 100,000 pengikut setia di Shopee hasil kejayaan mereka mengadaptasi dunia digital.
Gaji Premium TVET : Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan TVET yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tiada keperluan beri pihak swasta kendali program Sijil Vokasional Malaysia - KPM
Tiada keperluan untuk pihak swasta mengendalikan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi menampung keperluan buat masa ini.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
Tawaran gaji rendah punca graduan enggan bekerja dalam sektor kemahiran - MITI
Penawaran gaji yang rendah menjadi punca kekurangan tenaga mahir tempatan terutama daripada kalangan lepasan pengajian tinggi, walaupun permintaan dari pihak industri terus meningkat.
Parlimen: Kerajaan beri tumpuan latihan STEM, tingkat pelaburan negara - PM Anwar
Anwar berkata kelemahan negara ketika ini adalah latihan dalam pendidikan matematik, sains, kejuruteraan, AI dan TVET di peringkat tertinggi.
Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Lepasan SPM disaran manfaat program Jelajah Pendidikan TVET Selangor
Program pada 23 dan 24 Mac itu merangkumi pelbagai sektor termasuk pertanian, penternakan serta lain-lain bidang berasaskan teknikal.